Tuesday, September 21, 2021

Noraini menyerah kepada desakan Zahid, letak jawatan menteri

Noraini akur dengan keputusan Umno yang menarik sokongan terhadap perdana menteri.

Other News

Noraini Ahmad hari ini menjadi menteri kedua yang meletakkan jawatan Kabinet susulan tekanan daripada Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Menteri pengajian tinggi itu berkata beliau akur dengan keputusan parti untuk menarik sokongan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

“Keputusan parti akan dilaksanakan ketika Parlimen bersidang.

“Saya percaya, kita sudah berusaha melakukan yang terbaik dalam menguruskan negara mendepani pandemik Covid-19 yang telah menjejaskan kehidupan manusia di seluruh dunia,” kata ahli Parlimen Parit Sulong itu dalam satu kenyataan petang Ini.

Peletakan jawatan Noraini menyusuli Shamsul Anuar Nasarah yang meletakkan jawatan sebagai menteri tenaga dan sumber asli, menyatakan kesetiaannya kepada Umno.

Terdahulu, MalaysiaNow melaporkan Zahid memberikan kata dua kepada Noraini yang merupakan ketua wanita parti itu supaya meletakkan jawatan Kabinet atau dipecat daripada parti.

“Noraini menangis apabila diberikan kata dua seperti ini, dia sayangkan parti pada masa sama sebagai anggota pentadbiran kerajaan dia tahu sekarang bukan masa sesuai untuk terus berpolitik.

“Mungkin Noraini akan akur kepada Zahid,” kata sumber dalaman Umno kepada MalaysiaNow.

Sebelum diberikan kata dua, Noraini dipercayai antara 11 orang ahli Parlimen Umno yang dikatakan Zahid bersetuju untuk menarik sokongan terhadap Muhyiddin.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles