Tuesday, September 21, 2021

Ahli Parlimen DAP gesa semua pihak berkerjasama perangi Covid-19

Ong Kian Ming berkata sekarang bukan masa sesuai untuk mengkritik sesama sendiri akan tetapi fokus yang paling utama adalah membasmi wabak Covid-19.

Other News

Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming dari DAP merayu kepada semua wakil rakyat supaya berganding bahu bagi menyelesaikan segera krisis Covid-19 yang melanda negara.

Beliau berkata ini bukanlah masa yang sesuai untuk mengkritik sesama sendiri akan tetapi fokus yang paling utama adalah membasmi wabak tersebut.

“Saya merayu kepada semua ahli Parlimen, di saat yang genting dalam negara kita, apa yang kita perlu sekarang adalah untuk melaksanakan satu semangat bi-partisan, semangat bekerjasama di antara pihak sebelah sana (kerajaan) dan sebelah sini (pembangkang),” katanya ketika berucap di Dewan Rakyat hari ini.

Bekas timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu berkata, walaupun majoriti yang dipunyai oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin boleh dipertikaikan, tidak ada sesiapa di Dewan Rakyat yang mempunyai sokongan mencukupi.

“Kalau nak kritik kerajaan dan menteri memang senang, saya rasa, ada banyak perkara kita boleh kritik. Tapi saya rayu kepada semua, kita perlu ada satu rancangan dan hala tuju,” katanya.

“Tidak ada seorang pun di sini yang ada majoriti. Kenapa tidak kita sebagai barisan hadapan bekerjasama berganding bahu mengalahkan Covid dan memulihkan ekonomi, supaya kita boleh menunjukkan kita ada hala tuju, dengan berganding bahu.”

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles