- Iklan -
Berita

Wanita meninggal dunia di hadapan klinik positif Covid-19

Sewaktu berada di depan klinik itu, wanita berkenaan tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas kesihatan berehat seketika  selepas melakukan saringan Covid-19 di Klinik Kesihatan Paya Besar, Kuantan, Pahang. Gambar: Bernama
Petugas kesihatan berehat seketika selepas melakukan saringan Covid-19 di Klinik Kesihatan Paya Besar, Kuantan, Pahang. Gambar: Bernama

Seorang wanita yang tular terbaring tidak sedarkan diri dan meninggal dunia di hadapan sebuah klinik di Taman Sentosa, Klang semalam disahkan positif Covid-19.

Ketua Polis Klang Selatan Shamsul Amar Ramli berkata kejadian dipercayai berlaku ketika wanita tempatan berkenaan bersama adiknya ingin mendapatkan rawatan di klinik itu, pada kira-kira 9.45 pagi.

“Sewaktu berada di depan klinik itu, wanita berkenaan tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shamsul Amar berkata ambulans yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan wanita berkenaan sudah meninggal dunia dan mayatnya dihantar ke Hospital Shah Alam untuk tindakan lanjut.

“Hasil keputusan ujian saringan awal Rapid Test Kit mendapati wanita tersebut positif Covid-19 dan turut mempunyai sejarah penyakit kencing manis serta darah tinggi. Kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut Covid-19,” katanya.

Terdahulu Shamsul Amar berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut susulan tular klip video dan beberapa foto insiden berkenaan di media sosial, pagi semalam.