Wednesday, September 22, 2021

34 mukim dikenakan PKPD di Selangor tamat hari ini

Bagaimanapun, beberapa lokaliti di negeri itu akan dikenakan PKPD bemula 18 Julai depan.

Other News

Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob mengumumkan penamatan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di 34 mukim di Selangor berkuat kuasa hari ini.

Dalam sebuah kenyataan, beliau berkata keputusan tersebut diambil selepas mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersama kementerian kesihatan Malaysia (KKM).

“Sidang Khas MKN telah meneliti pembentangan KKM mengenai situasi semasa dan bersetuju untuk tidak melanjutkan PKPD di kesemua mukim yang terbabit,”katanya.

Bagaimanapun, beberapa lokaliti baru dikenal pasti akan dikenakan PKPD bermula 18 hingga 31 Julai depan.

Selain Selangor, beberapa lokaliti di negeri lain termasuk Sabah, Pahang, Sarawak turut dikenakan PKPD.

Berikut adalah lokaliti yang terlibat dalam penguatkuasaan PKPD terbaru:

1.Pahang:

Kuantan: Tanjung Lumpur, Peramu, Anak Air, Sg Derhaka, Kempadang, Sg Soi, Kg Pahang, Taman Seri Inderapura, Taman Indera Sempurna, Taman Tas & Pandan, Sungai Isap, Lorong Seri Teruntum, Taman Impianku

Temerloh: Taman Chengal

2. Selangor

Petaling: Damai Apartment, PJS 8,
Hulu Langat: Jalan Pandan Indah
Klang: Jalan Batu Nilam, Bandar Bukit Tinggi
Gombak: Taman Samudera

3. Sabah

Lahad Datu: Ladang Sawit KLK Lungmanis & Perumahan Kilang
Kota Belud: Kampung Pinolobuh Bukid,
Kudat: PPR Taman Ehsan

4. Sarawak

Kuching: Kampung Seratau, Kampung Astana Lot, Kampung Sungai Bedil Besar

Menurut Ismail, prosedur operasi standard (SOP) bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini. Maklumat lanjut boleh diakses di laman sesawang MKN di www.mkn.gov.my

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles