Thursday, July 22, 2021

Konglomerat pertahan barisan hadapan di PPV bidas dakwaan dalam talian

UCSI Group berkata perjalanan proses vaksinasi terganggu kerana terdapat penerima tidak mematuhi SOP dan waktu janji temu vaksinasi.

Other News

Kumpulan universiti swasta hari ini mempertahankan petugas barisan hadapan di pusat pemberian vaksin di seluruh negara selepas beberapa dakwaan termasuk suntikan picagari kosong kosong sehingga kelewatan proses menyaksikan kakitangan kesihatan dipersalahkan di media sosial.

“Kesesakan berlaku apabila sebahagian penerima vaksin yang mendapat janji temu pada MySejahtera masing-masing, tidak mematuhi waktu yang ditetapkan hingga menyebabkan perjalanan proses vaksinasi terganggu sekaligus menyebabkan berlaku kesesakan dan kelewatan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV),” kata UCSI Group dalam sebuah kenyataan.

UCSI Group adalah antara syarikat yang mengubah premis perniagaannya kepada PPV di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Difahamkan wujud individu yang baru-baru ini memuat naik video menunjukkan jururawat menyuntik menggunakan picagari korong di PPV yang diuruskan UCSI.

Kumpulan itu menafikan dakwaan dan turut melaporkan perkara itu kepada polis, video berkenaan juga turut dilihat telah dipadam.

USCI juga turut berkata penggunaan telefon untuk menangkap gambar proses vaksinasi boleh mengganggu petugas perubatan yang menjalankan suntikan vaksinasi.

“Di UCSI, petugas barisan hadapan termasuk doktor, jururawat, polis bantuan dan sukarelawan yang bertugas telah dimaklumkan tentang proses vaksinasi malah mereka patuh dengan segala garis panduan ditetapkan,” katanya.

“Mereka bekerja tanpa mengira penat lelah sehinggakan ada yang bekerja sampai 12 jam sehari bagi memastikan Program Imunisasi Kebangsaan ini berjalan lancar.”

UCSI Group turut menggesa orang ramai untuk mematuhi SOP yang digariskan kementerian kesihatan.

“Mari kita laksanakan tanggungjawab masing-masing dalam memastikan kita semua selamat. Kita sedang melawan virus Covid-19, bukan satu sama lain.”

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles