- Iklan -
Berita

CEO AirAsia bidas ‘kawan ketika senang’

Hartawan syarikat penerbangan tambang murah itu yakin dapat bertahan dan bangkit semula sekali gus akan buktikan pengkritiknya salah.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Ketua Pengarah Eksekutif AirAsia Tony Fernandes. Gambar: Bernama
Ketua Pengarah Eksekutif AirAsia Tony Fernandes. Gambar: Bernama

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes hari ini membidas golongan yang disifatkan beliau sebagai “kawan-kawan ketika senang” daripada dunia korporat yang tidak mengendahkan syarikatnya ketika terpaksa berdepan krisis kewangan terburuk akibat pandemik Covid-19.

Namun, hartawan syarikat penerbangan tambang murah itu tidak menamakan siapa individu atau syarikat yang dimaksudkan beliau, mengatakan lebih gemar menamakan mereka dalam sebuah “buku” yang sedang beliau usahakan.

“Pelajaran terbesar bagi saya adalah teman dan syarikat yang rapat dengan saya ketika senang adalah mereka menghasilkan begitu banyak wang daripada anda selama 19 tahun,” kata Fernandes dalam rancangan bual bicara secara maya yang dihos Harith Iskander.

“Dan ketika anda tersungkur, mereka tinggalkan anda. Dan itu adalah pelajaran yang sangat baik bagi saya,” katanya.

Bagaimanapun, katanya dari sudut yang lain, terdapat beberapa syarikat yang terus teguh berdiri di samping AirAsia walaupun pada ketika ini berdepan situasi dan krisis yang buruk.

“Mereka inilah syarikat yang ada wawasan, mereka tidak lihat keadaan yang berlaku ketika ini, tetapi melihat pengurusannya. Adakah AirAsia syarikat penerbangan yang baik sebelum Covid? Ya. Adakah ia menguntungkan? Ya.

“Apakah akan adakah syarikat penerbangan yang baik lagi selepas Covid?, ia mungkin lebih baik (daripada sebelum ini)”

Katanya, pihaknya bersedia untuk membuktikan pengkritiknya salah, mengatakan yakin AirAsia akan dapat bangkit meningkatkan keuntungannya semula selepas bertahan selama 16 bulan.

“Tidak ada yang lebih menggembirakan daripada cabaran untuk membuktikan mereka salah, dan itulah yang mendorong saya setiap hari, bahawa saya yang terbukti benar pada akhirnya, dan saya sangat bangga dengan kakitangan saya,” tambahnya.

AirAsia, memulakan perniagaan makanan dan minuman sejak dari sebelum pandemik melanda negara.

Baru-baru ini, syarikat itu menyatakan minatnya untuk menceburi sektor perniagaan bukan penerbangan, termasuk perkhidmatan pengangkutan e-hailing dan khidmat penghantaran.

Ikuti kami di Telegram untuk kemas kini terkini: https://t.me/malaysianowbm

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi

Artikel Berkaitan

Tiada artikel ditemui.