Friday, July 30, 2021

60 lagi korban Covid-19 dicatat, kes baru rekod 5,586 jangkitan

Selangor kekal catat kes harian tertinggi sebanyak 2,212.

Other News

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 5,586 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 734,048.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 2,212 disusuli Kuala Lumpur (628), Sarawak (513), Negeri Sembilan (501), Melaka (380), dan Johor (312).

Hanya Putrajaya (4) mencatatkan kes satu digit hari ini.

Sementara Perlis tidak mencatatkan sebarang kes jangkitan.

Negara juga mencatat sebanyak 4,777 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 667,709.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 61,395.

Dalam pada itu, 866 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 446 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 60 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 4,944.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles