Tuesday, December 7, 2021

Cadangan benarkan kedai berkait PdPR beroperasi akan dibawa ke MKN

Cadangan itu timbul susulan aduan ibu bapa tentang kesukaran mendapatkan alat tulis dan alatan lain untuk anak mereka menyiapkan tugasan sekolah.

Other News

Kementerian perdagangan dalam Negeri dan hal ehwal pengguna (KPDNHEP) berpandangan premis menjual barangan berkaitan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) wajar dibenarkan beroperasi dalam tempoh sekatan pergerakan penuh.

Timbalan Menterinya Rosol Wahid berkata cadangan itu yang akan dikemukakan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam masa terdekat, ia adalah susulan aduan ibu bapa tentang kesukaran mendapatkan alat tulis dan alatan lain untuk anak mereka menyiapkan tugasan sekolah.

“Kita sedar ada yang tidak mempunyai mesin pencetak di rumah atau kehabisan dakwat yang akhirnya menyukarkan anak-anak menyiapkan tugasan mereka,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke kedai D’Mart Felda Bukit Goh hari ini.

Mengulas perkembangan lain, Rosol berkata isu harga minyak masak botol bagi tiga dan lima kilogram, dijangka selesai dalam masa terdekat susulan perbincangan KPDNHEP dengan kementerian perusahaan perladangan dan komoditi serta kementerian kewangan semalam.

“Ada perkara positif yang akan diumumkan sama ada oleh menteri KPDNHEP atau Menteri Kewangan dalam masa terdekat,” katanya.

Ditanya mengenai kenaikan harga sayur pula, beliau berkata pelaksanaan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di beberapa kawasan di Cameron Highlands dari 14 hingga 27 Jun ini tidak sepatutnya mencetuskan kenaikan harga kerana sektor tersebut terus dibenarkan beroperasi.

Sehubungan itu, beliau meminta pengguna yang berdepan masalah kenaikan harga sayur secara mendadak agar membuat aduan kepada KPDNHEP bagi membolehkan pihaknya melaksanakan siasatan dan tindakan segera.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles