- Iklan -
Berita

101 korban rekod lebih 4,000 kematian, lebih 5,000 kes baru dicatat

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 1,996 jangkitan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas kesihatan memberi suntikan vaksin Sinovac kepada warga emas di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (Mitec), Jalan Dutamas.
Petugas kesihatan memberi suntikan vaksin Sinovac kepada warga emas di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (Mitec), Jalan Dutamas.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 5,419 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 667,876.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 1,996 disusuli Sarawak (718), Kuala Lumpur (650), Negeri Sembilan (396), Johor (366), dann Kedah (252).

Hanya Perlis (1) dan Putrajaya (5) sahaja yang mencatatkan kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 6,831 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 593,695.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 70,112.

Dalam pada itu, 922 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 450 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 101 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 4,069.