Thursday, August 5, 2021

Pemilik restoran gesa kerajaan benarkan ‘dine in’, panjangkan tempoh operasi

Primas berharap kerajaan dapat membenarkan lanjutan pembukaan operasi premis dari pukul 6 pagi sehingga 10 malam.

Other News

Persatuan pemilik restoran hari ini menggesa kerajaan untuk menetapkan langkah-langkah bagi membantu operasi restoran sepanjang tempoh “lockdown” termasuk melonggarkan sekatan makan di premis dan menyediakan moratorium pinjaman automatik sekurang-kurangnya selama enam bulan.

Persatuan Pengusaha Restoran India (Primas) dalam sebuah kenyataan berkata industri restoran sangat terkesan akibat krisis Covid-19 yang melanda negara ketika ini.

Ia berharap kerajaan dapat membenarkan lanjutan pembukaan operasi premis dari pukul 6 pagi sehingga 10 malam berbanding tempoh operasi yang dibenarkan ketika ini dari 8 pagi hingga 8 malam.

Menurutnya, pelanggan harus dibenarkan untuk makan di premis restoran dengan bilangan maksimum dua orang.

Primas turut berakta moratorium automatik bagi pinjaman bank harus diberikan tanpa sebarang impak terhadap skor kredit sambil menambah kerajaan harus memberikan bantuan sewa dalam bentuk geran dan menyediakan 25% diskaun levi bagi pekerja asing.

“Kami tidak perlu menerangkan secara panjang lebar mengenai kos tanggungan dan komitmen pemilik-pemilik restoran,” kata Presiden Primas J Suresh.

“Jika ‘lockdown’ berterusan untuk tempoh masa yang lama, lebih dari 50% pengusaha restoran akan menutup perniagaan.”

Beliau memetik sebuah tinjauan yang melibatkan 1,000 pemilik restoran yang mendapati hanya 80% daripada mereka mampu meneruskan perniagaan bagi tempoh dua bulan dengan menggunakan simpanan dan sumber yang ada ketika ini.

“Hanya 20% sahaja yang dapat bantuan kewangan dari SME Corp Malaysia, bank dan skim kewangan,” tambahnya.

Beliau berkata hanya 25% sahaja yang diberikan diskaun sewaan premis daripada pemilik bangunan sementara 80% lagi menghadapi kesukaran untuk membayar kos utiliti yang tertunggak sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan tahun lalu.

“70% daripada mereka tidak mampu membayar gaji pekerja tepat masa dan 80% merasa dizalimi kerana peniaga makanan yang tidak berlesen terus beroperasi di seluruh negara terutama pengusaha makanan dan minuman yang beroperasi di hadapan premis mereka,” tambahnya.

“Kerajaan perlu teliti cara-cara dan mekanisme untuk bantu industri perkhidmatan ini dengan segala bentuk bantuan yang boleh.”

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles