Wednesday, October 20, 2021

‘Lockdown’ dilanjut 2 minggu lagi sehingga 28 Jun

PKP 3.0 dilanjut dan berkuat kuasa dari 15 Jun hingga 28 Jun depan.

Other News

Menteri Kanan (Kluster Pertahanan) Ismail Sabri hari ini mengumumkan lanjutan perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 bagi tempoh dua minggu lagi bermula 15 sehingga 28 Jun 2021.

Dalam kenyataan hari ini, Ismail berkata keputusan tersebut dibuat setelah mengambil kira jumlah kes harian masih tinggi melebihi 5,000 sehari dengan purata kes baru sehingga semalam ialah 6,871.

“Kementerian kesihatan (KKM) telah membentang dan mencadangkan dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan oleh perdana menteri hari ini supaya PKP 3.0 dilanjutkan untuk tempoh 2 minggu lagi.

“Sehubungan dengan itu, PKP 3.0 disambung untuk tempoh dua minggu berkuat kuasa pada 15 Jun sehingga 28 Jun 2021,” katanya.

Berhubung senarai prosedur operasi standard (SOP) bagi setiap aktiviti perkilangan, perniagaan dan industri, Ismail berkata senarai tersebut tetap dikekalkan seperti yang telah diumumkan sebelum ini.

ia boleh dirujuk kepada laman sesawang kementerian berkaitan dan maklumat lanjut boleh diakses di laman sesawang MKN di www.mkn.gov.my

Pada 28 Mei lalu, Putrajaya mengumumkan pelaksanaan “total lockdown” atau perintah kawalan pergerakan (PKP) skala penuh di seluruh negara dari 1 hingga 14 Jun ketika kes jangkitan Covid-19 terus meningkat dan merekodkan angka tertingginya sehingga melebihi angka 9,000.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles