- Iklan -
Berita

Kes baru naik kembali, jangkau 6,000 jangkitan

Selangor catat kes harian tertinggi sebanyak 2,558 disusuli Kuala Lumpur sebanyak 884.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang warga emas ditolak menggunakan kerusi roda oleh ahli keluarganya selepas menerima vaksin Sinovac di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (Mitec), Jalan Dutamas.
Seorang warga emas ditolak menggunakan kerusi roda oleh ahli keluarganya selepas menerima vaksin Sinovac di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (Mitec), Jalan Dutamas.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 6,848 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 646,411.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 2,558 disusuli Kuala Lumpur (884), Sarawak (699), Negeri Sembilan (685), Johor (426), Sabah (309), Kelantan (248).

Hanya Perlis (2) sahaja yang mencatatkan kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 7,749 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 563,779.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 78,864.

Dalam pada itu, 912 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 458 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 84 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 3,768.