- Iklan -
Berita

Kes baru rekod sedikit kenaikan, masih bawah 6,000

5,566 kes baru direkod, menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 627,652.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Ketua Polis Petaling Jaya Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid (kiri) menjalankan pemantauan SOP operasi sektor perkhidmatan perlu di tempat kerja bagi membendung penularan wabak Covid19 disepanjang perlaksanaan PKP 3.0.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 5,566 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 627,652.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 1,524 disusuli Sarawak (707), Negeri Sembilan (505), Kuala Lumpur (466), Johor (456), Sabah (350) dan Melaka (314).

Hanya Perlis (1) sahaja yang mencatatkan kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 6,962 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 541,319.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 82,797.

Dalam pada itu, 903 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 458 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 76 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 3,536.