- Iklan -
Berita

Menteri jamin tiada salah guna ordinan berkait siasatan sebar berita palsu

Saifuddin Abdullah berkata pihak berkuasa perlu memastikan setiap tindakan adalah mengikut lunas undang-undang.

Farhira Farudin
1 minit bacaan
Kongsi
Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah. Gambar: Bernama
Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah. Gambar: Bernama

Kerajaan hari ini memberikan jaminan individu-individu yang disyaki menyebarkan berita palsu akan disiasat dengan teliti walaupun ordinan darurat telah dikuatkuasakan untuk melawan penyebaran maklumat yang salah berkenaan pandemik Covid-19.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah berkata ordinan itu dikuatkuasakan adalah bagi mempercepatkan proses siasatan laporan-laporan yang dibuat kepada polis.

Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan masih perlu memastikan tindakan yang sesuai diambil terhadap mereka yang dituduh menyebarkan berita palsu.

“Saya faham masyarakat nak kami bertindak cepat.

“Walaupun banyak laporan polis dibuat, kita sangat berhati hati supaya kita mengambil tindakan mengikut undang-undang yang diguna pakai selama ini,” katanya dalam sidang media hari ini.

Setakat hari ini, Saifuddin berkata hanya 18 laporan disiasat dengan dua daripada mereka dihadapkan ke mahkamah seratakat ini di bawah ordinan darurat kerana menyebarkan berita palsu berhubung virus dan vaksin.

Mereka yang didapati bersalah di bawah Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (No.2) 2021 boleh berdepan denda maksimum sebanyak RM100,000, penjara melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

“Saya ingin menegaskan kita takkan menyalahgunakan ordinan ini.” kata Saifuddin.