Saturday, June 19, 2021

6,320 lagi kes baru, keseluruhan jangkitan rekod lebih 500,000

50 lagi kematian akibat Covid-19 direkodkan.

Other News

Malaysia menambah 6,320 lagi kes baru Covid-19 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 505,115.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 1,647 disusuli Sarawak (749), Kuala Lumpur (654), Kelantan (613), Johor (477).

Negara juga mencatat sebanyak 4,694 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 449,234.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 53,682.

Dalam pada itu, 652 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 370 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 50 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 2,199.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles