- Iklan -
Berita

Susulan PKPD, laluan masuk keluar plaza tol Alor Setar ditutup

Plaza tol itu akan ditutup sementara bermula hari ini sehingga 1 Jun depan.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Pasukan polis berkawal di kawasan PKP diperketatkan. Isnin lepas, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata PKPD dilaksanakan di 28 mukim di daerah Kota Setar bermula hari ini, susulan peningkatan kes Covid-19 di kawasan tersebut.

Laluan masuk dan keluar di plaza tol Alor Setar Selatan ditutup sementara bermula hari ini sehingga 1 Jun depan, susulan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di seluruh daerah Kota Setar.

PLUS Malaysia Berhad dalam hantaran di akaun rasmi Facebooknya memaklumkan, semua pelanggan lebuh raya boleh menggunakan laluan di plaza tol Alor Setar Utara untuk masuk dan keluar dari Alor Setar.

“Kerjasama semua pihak amatlah dihargai dan pandu berhati-hati. Jaga kesihatan dan keselamatan diri serta keluarga sentiasa,” maklum kenyataan itu.

Isnin lepas, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata PKPD dilaksanakan di 28 mukim di daerah Kota Setar bermula hari ini, susulan peningkatan kes Covid-19 di kawasan tersebut.

Selain Kota Setar, beberapa lokaliti di Bandar Darulaman dan Kampung Lubuk Kawah di daerah Kubang Pasu turut dikenakan PKPD sehingga 31 Mei ini.