Saturday, September 25, 2021

Malaysia catat angka 3,807 kes baru Covid-19

Selangor kekal catat kes harian tertinggi sebanyak 1,149 diikuti Sarawak dengan 649 kes.

Other News

3,807 kes baru dicatat hari ini, menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 444,484 kes.

Selangor masih mencatat angka tertinggi kes harian sebanyak 1,149 disusuli Sarawak (649), Kelantan (329), dan Kuala Lumpur (320).

Hanya Labuan (3) dan Perlis (3) sahaja yang mencatatkan kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 3,454 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 405,388.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 37,396.

Negara juga turut mencatatkan 19 kluster baru menjadikan jumlah kluster yang dicatat setakat ini sebanyak 1,807.

Jumlah kluster Covid-19 yang telah tamat setakat ini adalah sebanyak 1,359 sementara kluster aktif mencatat angka 448.

Dalam pada itu, 434 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 224 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 17 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,700.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles