Friday, September 17, 2021

Kes baru Covid-19 lepasi angka 4,000

Selangor masih mencatat angka tertinggi kes harian sebanyak 1,424.

Other News

4,498 kes baru Covid-19 dicatat hari ini menjadikan kes keseluruhan jangkitan meningkat sebanyak 432,425 kes.

Selangor masih mencatat angka tertinggi kes harian sebanyak 1,424 disusuli Sarawak (750), Kuala Lumpur (436), dan Pulau Pinang (313).

Hanya Labuan (2), Perlis (4) dan Putrajaya sahaja yang mencatatkan kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 3,449 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 396,004.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 34,789.

Dalam pada itu, 372 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 211 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 22 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,632.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles