- Iklan -
Berita

Malaysia kesan kes pertama mutasi varian Covid-19 India

Kes varian itu dikesan daripada seorang warga India di KLIA.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas kesihatan melakukan pemeriksaan daripada sampel dari pengambilan swab untuk mengesan virus Covid-19.
Petugas kesihatan melakukan pemeriksaan daripada sampel dari pengambilan swab untuk mengesan virus Covid-19.

Malaysia telah menemui kes pertama mutasi varian India daripada seorang warga India yang diperiksa di KLIA, Sepang.

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berkata varian B.1.617.1, ditemui hasil analisis keseluruhan jujukan genom (WGS) yang dilaksanakan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dari 24 April hingga 1 Mei.

“Ini termasuk 30 lagi varian membimbangkan (VOC), iaitu 27 varian Afrika Selatan B.1.351 dan tiga varian United Kingdom, UK B.117, malah kita menemui varian mempunyai kepentingan (VOI), iaitu varian dari India, B.1.617.” katanya dalam satu kenyataan.

“Malangnya, laporan IMR ini mengesahkan kes pertama VOC B.1.351 di Perak dan Kelantan, membabitkan kewujudan kluster dengan 10 kes positif di setiap negeri terbabit,” katanya di samping menambah bahawa varian itu juga dikesan dalam tujuh kes di Selangor.

Adham berkata, varian UK juga dilaporkan dalam dua kes di Selangor dan satu lagi di Sandakan, Sabah.

“Ini kes pertama varian dari UK dalam kalangan individu tanpa sejarah perjalanan ke luar negara dan berkemungkinan ia penularan tempatan.” katanya.

Beliau turut berkata, kini terdapat 48 kes varian Afrika Selatan, B.1.351 direkodkan, UK B.1.1.7 (8 kes), India B.1.617 (1 kes) dan varian Nigeria B. 1.525 (2 kes).

Adham berkata, laporan IMR juga mendapati peningkatan perlahan dalam jumlah VOC, terutama varian Afrika Selatan yang merupakan antara sampel yang dilaksanakan penjujukan genom penuh.

Beliau berkata ini Ini menggambarkan wujud potensi pertukaran VOC Afrika Selatan, B.1.351 daripada nasabah tempatan, B.1.524.

Konsortium SARS-CoV-2 India mengumumkan pada 24 Mac lalu bahawa ia telah menemui varian mutasi virus baru di negara itu.

Varian membawa ciri dari dua garis keturunan: varian pertama kali dikenal pasti di California (B.1.427 dan B.1.429), dan varian yang ditemui di Afrika Selatan (B.1.351) dan Brazil (P.1).