- Iklan -
Berita

Malaysia terus catat lebih 2,500 kes baru Covid-19

Kes harian Selangor paling tinggi dalam 2,776 kes baru yang dicatatkan hari ini.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Pemandangan orang ramai yang menaiki LRT di Kuala Lumpur. Seluruh warga Malaysia perlu mematuhi SOP Covid-19 bagi memastikan penularan jangkitan dapat dibendung.
Pemandangan orang ramai yang menaiki LRT di Kuala Lumpur. Seluruh warga Malaysia perlu mematuhi SOP Covid-19 bagi memastikan penularan jangkitan dapat dibendung.

Malaysia mencatat 2,776 kes baru menjadikan kes keseluruhan Covid-19 hari ini meningkat sebanyak 398,451 kes.

Selangor mencatat angka tertinggi kes harian sebanyak 750 disusuli Kelantan (484), Sarawak (432) dan Kuala Lumpur (377).

Hanya Perlis (1), sahaja yang mencatatkan kes satu digit hari ini.

Sementara itu Labuan tidak mencatatkan sebarang kes hari ini

Negara juga mencatat sebanyak 2,019 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 371,575.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 25,414.

Dalam pada itu, 294 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 138 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 13 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,462 orang.