- Iklan -
Berita

Selangor tertinggi dalam 2,717 kes baru Covid-9 hari ini

Sarawak dan Kelantan turut mencatatkan kes harian yang tinggi hari ini.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Malaysia memulakan program vaksinasi kebangsaan bermula Februari 2021 menyasarkan imuniti kelompok pada tahun depan. Gambar: AFP
Malaysia memulakan program vaksinasi kebangsaan bermula Februari 2021 menyasarkan imuniti kelompok pada tahun depan. Gambar: AFP

Malaysia mencatat 2,717 kes baru hari ini dengan Selangor mendahului dalam catatan kes harian tertinggi hari ini.

Angka kes baru itu menjadikan kes keseluruhan Covid-19 hari ini meningkat sebanyak 390,252 kes.

Selangor mencatat angka tertinggi kes harian sebanyak 768 disusuli Sarawak (570) dan Kelantan (518).

Hanya Perlis (1) sahaja yang mencatatkan kes satu digit hari ini sementara Labuan tidak mencatatkan sebarang kes.

Negara juga mencatat sebanyak 2,292  kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 363,608.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 22,926.

Dalam pada itu, 272 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 124 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 11 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,426 orang.