Sunday, May 9, 2021

Sekolah ditutup berdasarkan penilaian bersama PKD, KPM dan kerajaan negeri

Penilaian itu mengambil kira bilangan kakitangan dan murid sekolah yang terpaksa menjalani kuarantin atau pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO).

Other News

Keputusan berkenaan penutupan sekolah berikutan kes Covid-19 adalah berdasarkan penilaian bersama Pejabat Kesihatan Daerah bersama kementerian pendidikan dan kerajaan negeri, kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba.

Beliau berkata penilaian itu mengambil kira antaranya bilangan kakitangan dan murid sekolah yang terpaksa menjalani kuarantin atau pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) setelah disahkan positif Covid-19.

“Bagaimanapun, jika melibatkan anak murid tetapi kakitangan sekolah tidak terlibat, kita boleh buka sekolah tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Malaysia Prihatin Vaksinasi Covid-19 ‘Lindung Diri, Lindung Semua’ Peringkat Daerah Tangkak semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya jika ada sekolah lain yang dicadangkan kementerian kesihatan supaya ditutup berikutan peningkatan kes Covid-19 di sekolah-sekolah berkenaan.

Ini susulan arahan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan agar semua sekolah dan institusi pendidikan di tujuh jajahan yang dikenakan perintah kawalan pergerakan (PKP) di negeri itu ditutup bermula semalam hingga 24 April depan.

Sementara itu, Adham berkata seramai 9,916 penduduk berumur 75 tahun ke atas dijadualkan menerima suntikan vaksin Covid-19 apabila fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bermula hari ini.

Mereka akan menerima suntikan itu di 30 pusat pemberian vaksin di seluruh negara, iaitu masing-masing lima di Kedah, Pahang dan Pulau Pinang, empat di Sabah, masing-masing tiga di Terengganu dan Melaka, dua di Negeri Sembilan dan masing-masing satu di Perlis, Sarawak dan Labuan.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles