Wednesday, May 12, 2021

Semua perkara, tuntutan MA63 dapat ditunaikan, kata Hajiji

Menurut ketua menteri Sabah, kerajaan persekutuan telah memberi respons positif berhubung pendirian Sabah mengenai MA63.

Other News

Sabah di bawah pentadbiran kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berpendirian agar semua perkara dan tuntutan termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dapat ditunaikan, kata Ketua Menteri Hajiji Noor.

Katanya, beliau mengutarakan pendirian itu dalam Mesyuarat Majlis Khas Mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) yang dipengerusikan secara maya oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin semalam.

Beliau berkata perbincangan antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri mengenai perkara ini sedang berjalan dan kedua-dua pihak komited untuk mencari jalan penyelesaian.

“Perkara ini tidak perlu diperbesarkan kerana yang penting kita telah pun memberi pandangan dan pendirian kita dan kerajaan persekutuan telah memberi respons yang positif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kerajaan Sabah juga harus mengambil kira komitmen perdana menteri secara terbuka dalam memberi jaminan untuk menilai dan berusaha mencari penyelesaian kepada semua tuntutan yang dikemukakan oleh kerajaan negeri.

MA63 merupakan perjanjian pada 9 Julai 1963 antara Persekutuan Tanah Melayu, United Kingdom, Sabah, Sarawak dan Singapura untuk membentuk negara baru yang bersatu dinamakan Persekutuan Malaysia.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles