Thursday, April 22, 2021

Walau hadapi masalah kewangan, AirAsia jamin pelanggan dapat bayaran balik

Sejak Januari tahun lalu, sebanyak 1.5 juta pelanggan AirAsia telah menerima wang mereka semula.

Other News

AirAsia hari ini memberikan jaminan kepada 450,000 pelanggannya yang masih belum mendapat bayaran balik dari syarikat penerbangan tersebut walaupun ia sedang berdepan masalah aliran tunai selepas pesawatnya tidak dapat beroperasi.

“Apa yang kami cuba buat sekarang ini adalah membayar balik semua orang. Dan pastikan AirAsia terus hidup,” kata CEO AirAsia Tony Fernandes dalam sebuah video di Facebook.

Syarikat itu juga berkata sejak Januari tahun lalu, sebanyak 1.5 juta pelanggan menerima wang mereka semula, sementara 2.9 juta lagi menerima kaedah akaun kredit yang boleh ditukar sebagai wang.

“Setiap minggu, kami proses 450,000 tunggakan bayaran. Anda akan dapat wang anda semula, kami harap anda dapat bersabar,” kata Tony dalam sebuah rakaman video yang dimuat naik syarikat tersebut.

Sementara itu, Tony berkata AirAsia X akan menjalani penstrukturan korporat semula.

“AirAsia X berada dalam masalah kewangan yang sangat, sangat teruk kerana tidak dapat melakukan penerbangan ke mana-mana pun. Tambahan pula ia terpaksa berdepan persaingan tidak sihat sejak beberapa tahun dahulu,” tambahnya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles