- Iklan -
Berita

Selangor tertinggi dalam 1,482 kes baru Covid-19

4 negeri mencatat kes harian satu digit hari ini.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Dr Mohd Naim Mohd Yaakob menerima suntikan vaksin Pfizer BioNTech di Hospital Pengajian Universiti Putra Malaysia (HPUPM) di Serdang.
Dr Mohd Naim Mohd Yaakob menerima suntikan vaksin Pfizer BioNTech di Hospital Pengajian Universiti Putra Malaysia (HPUPM) di Serdang.

Malaysia mencatatkan 1,482 kes baru Covid-19 hari ini menjadikan kes keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 345,500.

Dalam pada itu, Selangor masih mencatat kes harian tertinggi hari ini dengan 661 kes.

Ia kemudian disusuli Pulau Pinang (200), dan Sarawak (176).

Hanya Wilayah Persekutuan Labuan, Putrajaya, Perlis dan Terengganu sahaja yang mencatatkan kes satu digit hari ini.

Negara turut mencatat sebanyak 1,070 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 329,624.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 14,604.

Daripada jumlah itu 164 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 81 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 7 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,272 orang.