Thursday, April 22, 2021

Kastam AS rampas sarung tangan, Top Glove dapatkan penjelasan

CBP mengeluarkan perintah melarang import daripada dua anak syarikat Top Glove kerana disyaki menyalahgunakan tenaga buruh.

Other News

Peguam Top Glove Corp Bhd di Amerika Syarikat (AS) dalam proses perbincangan dengan wakil Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) AS untuk mendapatkan penjelasan mengenai larangan import terkini yang dikeluarkan CBP terhadap semua sarung tangan pakai buang dari kilang Top Glove di Malaysia.

CBP pada Isnin mengarahkan kakitangannya di kesemua pintu masuk pelabuhan AS untuk memulakan rampasan sarung tangan pakai buang yang dikeluarkan Top Glove berikutan pembuat sarung tangan getah terbesar dunia itu dipercayai menggunakan buruh paksa untuk menghasilkan sarung tangan pakai buang.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Top Glove berkata pada masa ini, syarikat itu tidak dapat memastikan jumlah impak kewangan dan operasi akibat rampasan barangan itu.

“Syarikat ini akan mengambil semua langkah yang perlu untuk menangani isu ini (buruh paksa) dan akan membuat pengumuman sewajarnya yang diperlukan apabila ada perkembangan selanjutnya,” katanya.

Pada Julai tahun lepas, CBP mengeluarkan perintah melarang import daripada dua anak syarikat Top Glove kerana disyaki menyalahgunakan tenaga buruh.

Sehubungan itu, syarikat berkenaan telah menghantar laporan yang disediakan perunding antarabangsa bebas yang dilantik untuk menilai amalan perdagangan dan buruh syarikat itu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 9 Mac 2021, perunding bebas itu melaporkan perkembangan selanjutnya dan mendapati sehingga Januari 2021, tiada buruh paksa sistemik dalam kumpulan itu.

Pada rehat tengah hari, saham Top Glove susut 4.36% kepada RM4.83 dengan 40.44 juta saham diniagakan.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles