Tuesday, November 30, 2021

‘Umno parti keramat’, kata orang kuat Anwar alu-alukan perwakilan PAU 2020

Najwan Halimi gesa Umno pertahan maruah daripada terus diperlekeh Bersatu.

Other News

Pemimpin PKR Selangor yang juga penyokong kuat Anwar Ibrahim mengucapkan selamat kepada Umno, mengalu-alukan perwakilan parti Melayu itu berhimpun esok menjadi petanda kedua-dua parti itu mula mesra.

Ketua Pemuda PKR Selangor Najwan Halimi turut menggesa Umno untuk tidak terus diperlekeh oleh Bersatu dengan menyifatkan Umno sebagai sebuah parti keramat bagi orang Melayu.

“Selamat bersidang kepada semua perwakilan #PAU2020,” kata Najwan dalam sebuah hantaran Twitter, menggunakan akronim perhimpunan agung Umno yang ditunda daripada tahun lepas.

“Umno adalah parti keramat orang Melayu, justeru pertahankanlah maruah kalian dari terus diperlekeh dan diinjak oleh PPBM sang pengkhianat,” tambahnya.

Kerjasama Umno dan Bersatu adalah antara usul yang akan diputuskan oleh pimpinan parti itu esok walaupun mendapat tekanan dari Ahmad Zahid Hamidi dan Najib Razak.

Kedua-dua pemimpin Umno itu dilihat menerajui kempen untuk memutuskan kerjasama dengan Bersatu, sebuah parti yang diketuai Muhyiddin Yassin selepas dipecat Najib akibat lantang mengkritik skandal 1MDB.

Kritikan Najib terhadap kerajaan PN turut dilihat semakin lantang selepas beliau disabitkan tujuh pertuduhan rasuah pada Julai lalu.

Baru-baru ini, Anwar juga turut mengakui PKR telah mengadakan rundingan awal dengan pimpinan Umno dan kemungkinan bekerjasama.

Kedua-dua Najib dan Zahid turut dilaporkan menulis surat kepada Istana Negara menyatakan sokongan mereka kepada Anwar sebagai perdana menteri.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles