Friday, April 23, 2021

PDRM umum diskaun saman 50% melalui MyBayar Saman

Dengan aplikasi MyBayar Saman, ia akan memudahkan orang ramai untuk memeriksa saman mereka dan membayar terus amaun saman yang dikenakan.

Other News

Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM (JSPT) hari ini mengumumkan diskaun sehingga 50% melalui portal dan aplikasi MyBayar Saman sempena pelancarannya hari ini.

Pengurangan kompaun itu juga adalah sebahagian kempen bayar saman PDRM melalui Facebook JSPT hari ini.

Kempen dengan menawarkan diskaun tersebut bermula hari ini (25 Mac) sehingga 11 April 2021 tertakluk terma dan syarat.

Dalam sebuah hantaran Facebook JSPT menguar-uarkan pelancaran portal atas talian dan aplikasi MyBayar Saman itu bagi membolehkan orang ramai membayar terus saman mereka.

Ia akan dilancarkan hari ini oleh Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador di Bukit Aman.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles