- Iklan -
Berita

Fasa 1 program imunisasi Covid-19 libat 7,000 anggota bomba

Barisan hadapan negara itu didaftar dan bakal mendapat suntikan bermula Jumaat ini.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Bomba dan Penyelamat Malaysia di Balai Sentul.
Bomba dan Penyelamat Malaysia di Balai Sentul.

Seramai 7,000 petugas barisan hadapan dalam kalangan anggota bomba telah didaftarkan untuk menerima vaksin dalam Fasa Pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.

Katanya program vaksinasi untuk petugas barisan hadapan bomba akan dijalankan secara berperingkat bermula Jumaat ini, dengan beliau serta Ketua Pengarah Bomba dan Penyelamat Muhammad Hamdan Wahid akan menerima suntikan vaksin itu pada hari berkenaan.

Beliau yang ditemui media selepas merasmikan Hari Landskap Negara 2021 di sini hari ini berkata ketika ini terdapat kira-kira 14,000 anggota bomba di seluruh negara.

Pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bertemakan ‘Lindung Diri, Lindung Semua’ dalam tiga fasa bermula 24 Feb lepas untuk memastikan sekurang-kurangnya 80 peratus penduduk dewasa Malaysia menerima vaksin Covid-19 menjelang Februari 2022.

Ikuti kami di Telegram untuk kemas kini terkini: https://t.me/malaysianowbm

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi

Artikel Berkaitan

Tiada artikel ditemui.