- Iklan -
Berita

Projek lebuh raya kontroversi diteruskan walaupun bantahan meningkat?

Pengkritik mengatakan projek PJD Link hampir menyerupai pojek Kidex yang dibatalkan kerana bantahan kuat pada 2015.

MalaysiaNow
2 minit bacaan
Kongsi
Seorang pejalan kaki berjalan melalui sepanduk bantahan projek PJD Link di Petaling Jaya, Selangor.
Seorang pejalan kaki berjalan melalui sepanduk bantahan projek PJD Link di Petaling Jaya, Selangor.

MalaysiaNow difahamkan, projek lebuh raya kontroversi yang dilihat sebagai menggembalikan semula projek lama yang dibatalkan disebabkan bantahan penduduk di Petaling Jaya dikatakan sudah siap untuk bermula.

Difahamkan, Lembaga Lebuhraya Malaysia akan mengadakan mesyuarat selama dua hari minggu depan bagi membincangkan cadangan penswastaan Lebuh Raya Petaling Jaya Dispersal Link (PJD Link), lebuh raya sepanjang 34 km yang dilihat sebagai perubahan kecil projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) yang dibatalkan pada tahun 2015 disebabkan bantahan hebat daripada penduduk.

Bantahan semakin meningkat dalam kerajaan negeri Selangor supaya menghentikan pembinaan lebuh raya itu, walaupun Menteri Besar Amirudin Shari dilihat menyokong projek itu.

PJD Link merupakan lebuh raya empat lorong bermula selepas plaza tol NKVE di Lebuhraya Sprint dan berakhir di Persimpangan Lebuhraya Bukit Jalil.

Ia menghubungkan Petaling Jaya Utara, Bandar Utama, Taman Tun Dr Ismail, pusat bandar Petaling Jaya, Taman Dato Harun, Taman Medan Baru, Taman Sri Manja, Bandar Kinrara dan Bukit Jalil Technology Park.

Pengkritik mengatakan, laluannya hampir sama dengan projek Kidex yang dibatalkan Mohamed Azmin Ali pada Februari 2015, lebih kurang lima bulan selepas menggantikan Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

Kidex dicadangkan menjadi lebuh raya sepanjang 26km, bermula dari tol NKVE dan berakhir di Sekyen 2 Bandar Kinrara.

Kerajaan negeri berkata pada ketika itu, Kidex akan menyebabkan tanah dan hartanah diambil alih untuk projek lebuh raya itu, bercanggah dengan draft rancangan tempatan Petaling Jaya.

Pengkritik mempersoalkan mengapa PJD Link dimasukkan sebagai sebahagian daripada Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035.

“Kerajaan negeri sudah mempermain-mainkan rakyat.

“Banyak kajian menunjukkan lebuh raya itu tidak mempunyai tujuan, disebabkan laluan Kinrara/Bukit Jalil ke One Utama, tidak terdapat keperluan untuk melintasi 35km ini, dengan kos yang perlu dibayar untuk projek lebuh raya itu,” kata petisyen membantah projek itu di Change.org.

Katanya, semasa projek Kidex dahulu, 3,700 rumah akan terjejas.

“Mengapa ahli majlis, ahli politik berdiam diri tentang isu ini?” soal petisyen itu.

Ikuti kami di Telegram untuk kemas kini terkini: https://t.me/malaysianowbm

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi

Artikel Berkaitan

Tiada artikel ditemui.