Tuesday, February 23, 2021

Syarikat, pengarah dan pengurus didakwa guna logo palsu daging import

Tertuduh, syarikat LY Frozen Food Sdn Bhd, pengurus syarikat itu Chong Kim Kuang, 48, dan pengarahnya Yong Chee Keong, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Other News

Youngest woman to row solo across an ocean

She wanted to inspire young people, especially girls, to try amazing things.

Court will decide whether Parliament can or cannot stand suspended

The court adjudicates solely on constitutional provisions and not on why schools can re-open but Parliament cannot convene.

US airs concerns over govt’s plan to deport 1,200 to Myanmar

The migrants, who include members of vulnerable minorities, are set to be repatriated aboard three vessels sent from Myanmar, where the military seized power at the start of February.

2,192 kes baru Covid-19, 3,414 pulih, 6 lagi kematian dilaporkan

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 32,076.

New cases dip to 2,192 as recoveries stay ahead

3,414 recoveries, six more deaths.

Sebuah syarikat makanan sejuk beku dan dua individu didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas 21 pertuduhan memiliki, menawarkan dan menggunakan logo halal palsu berkaitan kartel daging, Disember tahun lepas.

Tertuduh, syarikat LY Frozen Food Sdn Bhd, pengurus syarikat itu Chong Kim Kuang, 48, dan pengarahnya Yong Chee Keong, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan, yang dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.

Mengikut kertas pertuduhan, dua tertuduh bersama syarikat serta seorang lagi pengarah yang masih bebas, Tan Siew Huak, 42, didakwa menggunakan suatu perihal dagangan palsu iaitu berkaitan logo halal Islamic Co-ordinating Council of Victoria dan Perth Mosque Incorporated dari Australia ke atas sejumlah 3,418 unit kotak makanan sejuk beku.

Kesemua mereka juga didakwa menawarkan barangan berkenaan atas label GBP Australia Pty Ltd dan Ararat Meat Exports Pty Ltd yang menggunakan logo halal Australia untuk menunjukkan makanan itu boleh dimakan oleh orang Islam dengan cara yang bertentangan dengan Perenggan 4(1) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

Selain itu, mereka turut didakwa atas kesalahan memiliki barangan berkenaan yang menggunakan perihal dagangan palsu tanpa kelulusan GBP Australia Pty Ltd dan Ararat Meat Exports Pty Ltd.

Semua kesalahan terbabit dilakukan di sebuah premis beralamat No. 663 Jalan Idaman ¾ Taman Perindustrian Desa Idaman, Senai, dalam daerah Kulai kira-kira 3.30 petang pada 1 Disember 2020.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 5(1)(a), Seksyen 5(1)(c) Akta Perihal Dagangan 2011, Perenggan 4(1) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

Jika sabit kesalahan, kesemuanya boleh didenda tidak lebih daripada RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Onn Abd Aziz, Kwan Li Sa, Syazwani Zawawi, T. Ashivinii dan Kee Shu Min manakala tertuduh diwakili barisan peguam Zamri Idrus, Yusman Che Aman dan Saiful Zaman Abd. Rahman.

Mahkamah menetapkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM250,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh dengan syarat tambahan, pasport diserahkan kepada mahkamah dan melaporkan diri setiap dua minggu sekali di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai.

Mahkamah juga menetapkan 28 Mac ini sebagai sebutan semula kes.

Ini merupakan pendakwaan pertama melibatkan kes kartel daging selepas ia dibongkar pada 1 Disember.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

PPR kini dikenali Rumah Malaysia, kata menteri

Keluasan rumah ditambah kepada 900 kaki persegi (kps) berbanding 700 kps sebelum ini.

Penolong pegawai agama mengaku tidak bersalah terima suapan RM26,800

Tertuduh Nurul Hazlin mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abdul Kamal Arifin Ismail.

Bicara pengubahan wang haram RM15 juta Hafarizam bermula Julai

Penasihat undang-undang Umno itu menghadapi tiga pertuduhan menerima wang daripada bekas perdana menteri Najib Razak.

Anggota PGA antara 3 lelaki didakwa rompak secara berkumpulan

Timbalan Pendakwa Raya Nur Sulehan Abd Rahman memohon ketiga-tiga tertuduh dikenakan jaminan RM30,000 setiap seorang.

Perbicaraan kes jenayah berkepentingan awam akan diteruskan semasa PKP, kata ketua hakim

Semua perbicaraan dan prosiding jenayah di seluruh negara akan bersambung pada 27 Januari.