Friday, February 26, 2021

Kadar pengangguran negara meningkat 4.5%

Ia merupakan kadar tertinggi sejak 1993 yang merekodkan 4.1%.

Other News

Vaksin Covid-19 jalan terbaik rancak ekonomi

Petanda kerajaan tidak perlu lagi melaksanakan perintah kawalan pergerakan, termasuk kemungkinan membuka sepenuhnya sektor ekonomi.

Maximum RM10,000 fine for SOP offenders beginning March 11

Companies or corporations that violate the SOPs can be fined up to RM50,000.

China approves 2 more home-grown Covid-19 vaccines for use

China is exporting vaccines to 27 countries and providing free doses to 53 others, a foreign ministry spokesman says.

US approves Pfizer vaccine storage at normal freezer temperature

The move loosens a previous requirement that the vaccine should be stored at ultra-low temperatures, between -80 to -60 degrees Celsius.

India, Pakistan militaries agree to Kashmir border truce in rare joint statement

Kashmir has long been a flashpoint between the neighbours, which both claim the region in full but rule only parts.

Kadar pengangguran Malaysia meningkat kepada 4.5% pada 2020, kadar tertinggi sejak 1993 yang merekodkan 4.1%, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan, Mohd Uzir Mahidin berkata pengangguran meningkat kepada 772,900 orang dengan kadar 4.8% pada Disember 2020 manakala bilangan penduduk bekerja meningkat 0.1% bulan ke bulan atau bersamaan dengan 19,300 orang kepada 15.22 juta orang selepas mencatatkan penurunan marginal pada bulan sebelumnya.

“Nisbah guna tenaga kepada penduduk yang menunjukkan kemampuan ekonomi untuk mewujudkan pekerjaan kekal pada 65.1%,” katanya dalam kenyataan mengenai Statistik Tenaga Buruh Malaysia, Disember dan suku tahun keempat 2020 yang dikeluarkan pada Isnin.

Beliau berkata dari segi penduduk bekerja mengikut taraf pekerjaan, kategori pekerja yang merangkumi 77.6% daripada jumlah guna tenaga, meningkat sebanyak 0.2% atau 23,500 orang kepada 11.81 juta orang berbanding dengan angka pada bulan sebelumnya.

Sementara itu, kategori bekerja sendiri yang merangkumi 15.8% penduduk bekerja, terus mencatatkan pengurangan bagi bulan ketiga sebanyak 0.6% kepada 2.40 juta orang pada Disember 2020, katanya.

Beliau berkata kumpulan ini terdiri daripada penerima gaji harian yang bekerja di pasar tani, pasar malam, gerai makanan, pekerja sambilan serta pekebun kecil.

Mohd Uzir berkata bilangan penduduk bekerja yang tidak bekerja buat sementara waktu meningkat kepada 146,200 orang berbanding dengan angka pada November 2020 iaitu 142,000 orang disebabkan pelaksanaan fasa Perintah Kawalan Pergerakan sepanjang bulan tersebut selain cuti persekolahan dan cuti perayaan yang singkat.

“Kumpulan ini, yang berkemungkinan besar tidak dapat bekerja tidak dikategorikan sebagai penganggur kerana mereka mempunyai pekerjaan untuk dikembalikan,” katanya.

Beliau berkata keadaan pasaran buruh pada Disember 2020 yang masih dipengaruhi oleh krisis kesihatan dan kesan ekonomi telah memperlahan momentum pemulihan pasaran buruh.

Oleh itu, pasaran buruh pada bulan itu kekal kompetitif dengan bilangan tenaga buruh meningkat seramai 27,800 orang kepada 15.99 juta orang daripada 15.96 juta pada November 2020, katanya.

Beliau berkata Kadar Penyertaan Tenaga Buruh (KPTB) pada bulan itu adalah 68.4%.

“Di samping itu, jumlah penduduk di luar tenaga buruh mencatatkan penurunan sebanyak 2,600 orang berbanding dengan angka pada November 2020 kepada 7.37 juta orang dengan komposisi terbesar adalah disebabkan bersekolah/latihan,” katanya.

Ketua perangkawan itu juga menjelaskan mengenai kedudukan penawaran buruh pada suku keempat 2020 dengan berkata, keadaan pasaran buruh bertambah baik secara beransur-ansur dengan tenaga buruh dan guna tenaga terus meningkat berbanding suku sebelumnya, masing-masing mencatatkan 15.92 juta orang dan 15.16 juta orang.

“Pada suku keempat 2020, terdapat 533,700 orang yang bekerja kurang daripada 30 jam seminggu kerana keadaan kerja atau kerja yang tidak mencukupi berbanding dengan 403,800 orang pada suku ketiga 2020,” katanya.

Beliau berkata daripada jumlah ini, 369,100 orang dikategorikan di bawah guna tenaga tidak penuh berkaitan masa disebabkan mereka bekerja kurang daripada 30 jam seminggu serta mampu dan sanggup untuk menerima tambahan jam bekerja (suku ketiga 2020: 300,800 orang).

“Golongan ini merangkumi 2.4% daripada jumlah guna tenaga pada suku keempat 2020,” katanya.

Mohd Uzir berkata selain itu, guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran yang terdiri daripada mereka yang berpendidikan tertiari namun bekerja dalam kategori pekerjaan separuh mahir dan berkemahiran rendah merangkumi 1.89 juta orang atau 37.4% daripada jumlah penduduk bekerja yang berpendidikan tertiari (suku ketiga 2020: 1.76 juta orang; 36.8%).

Beliau berkata bagi merumuskan kedudukan keseluruhan tenaga buruh sepanjang 2020 berdasarkan data purata suku tahunan, KPTB pada 2020 turun 0.3 mata peratus kepada 68.4% (2019: 68.7%.

Dalam tempoh yang sama, bilangan penduduk bekerja susut 0.2% kepada 15.1 juta orang dengan penurunan kecil ini disebabkan oleh ketidaktentuan dalam pasaran buruh susulan krisis kesihatan dan ekonomi pada 2020, katanya.

Beliau berkata berikutan negara mengalami permintaan buruh yang lebih perlahan pada 2020 disebabkan impak negatif pandemik Covid-19 maka bilangan penganggur mencatatkan pertambahan melebihi 200,000 orang.

“Krisis kesihatan telah memberi impak yang besar kepada tenaga buruh dan menyebabkan kadar pengangguran mencecah lebih 4% berbanding kadar purata 3% yang direkodkan dalam tempoh prakrisis,” katanya.

Mohd Uzir berkata dalam usaha mengekalkan momentum pemulihan ekonomi dan sistem penjagaan kesihatan, kebanyakan aktiviti perniagaan dibenarkan untuk terus beroperasi seperti biasa dengan pematuhan kepada prosedur operasi standard yang ketat.

Beliau berkata aktiviti tertentu masih dihadkan untuk beroperasi seperti aktiviti perhimpunan sosial, pawagam dan hiburan serta rekreasi, katanya.

“Oleh itu, dijangkakan pasaran buruh Malaysia kekal berada dalam situasi yang mencabar pada awal 2021, bagaimanapun dengan pelbagai bantuan dan inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan akan dapat membantu mengurangkan impak pandemik terhadap pasaran buruh,” katanya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Bukan sekadar hak harta intelek, pakar ajar cara jadikan vaksin lebih murah

Serum Institute of India menawarkan cara mudah bagi menangani masalah eksklusif vaksin ketika darurat kesihatan.

Kes baru Covid-19 jatuh bawah 2,000

12 lagi kematian dicatatkan.

KKM perjelas kenapa jarum suntikan vaksin berbeza warna

Penggunaan dua jenis jarum suntikan yang berbeza adalah  mengikut keperluan ketika prosedur suntikan.

Ketika program imunisasi bermula, teori menentang vaksin muncul dalam bentuk ‘penyelidikan perubatan’

Salah satu dakwaan oleh ‘jurnal perubatan’ memberi amaran vaksin Pfizer boleh menyebabkan penyakit berkait otak.

Ibu bapa punca peningkatan obesiti dalam kalangan kanak-kanak semasa pandemik

Ibu bapa menjadikan makanan ringan bergoreng, keropok atau gula-gula bagi membantu anak-anak kekal fokus sewaktu sesi pembelajaran dan pengajaran di rumah.