Thursday, February 25, 2021

Kedai runcit, farmasi dibenarkan dibuka hingga 10 malam bermula esok

Kedai keperluan harian, kedai makanan haiwan, kedai dobi dan kedai cermin mata turut dibenarkan beroperasi hingga 10 malam.

Other News

Covax delivers first vaccine shipment in ‘momentous occasion’

Covax hopes to deliver more than two billion doses in less than a year to ensure 92 poorer countries will receive access to Covid-19 vaccines.

Johnson & Johnson vaccine ‘highly effective’ against severe Covid-19

In large clinical trials, the vaccine efficacy against severe disease was 85.9% in the US, 81.7% in South Africa, and 87.6% in Brazil.

Reaksi kepada kes Malaysiakini tunjukkan politik lebih berkuasa, bukan undang-undang

Keputusan mahkamah perlu dihormati oleh semua pihak tanpa sebarang pertikaian.

Kes baru Covid-19 kembali melebihi angka 3,000

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 30,677.

New cases above 3,000 again as deaths increase by 12

Death toll now at 1,088.

Waktu operasi semua sektor perniagaan yang dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 10 malam bermula esok, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaacob.

Beliau berkata antaranya ialah kedai runcit, kedai serbaneka, farmasi, kedai keperluan harian, kedai makanan haiwan, kedai dobi dan kedai cermin mata yang diumumkan sebelum ini.

“Sebelum ini, semua sektor (terbabit) dibenarkan beroperasi sehingga 8 malam. Setelah Kementerian Kesihatan membuat penilaian risiko, sidang Majlis Keselamatan Negara bersetuju tempoh perniagaan restoran dan kedai lain dilanjutkan sehingga 10 malam.

“Kita tahu banyak kekeliruan yang menyukarkan dari segi penguatkuasaan kerana waktu operasi yang berbeza-beza dan permohonan daripada sektor perniagaan terlibat untuk melanjutkan tempoh operasi perniagaan mereka,” katanya pada sidang media perkembangan PKP di Wisma Pertahanan hari ini.

Ismail juga berkata sektor perhutanan dan kayuan serta rantaian yang melibatkan pembalakan dan lain-lain beroperasi seperti biasa bermula esok.

Beliau berkata kerajaan juga sedang menggubal Ordinan Darurat bagi meningkatkan jumlah kompaun terhadap individu dan syarikat yang didapati ingkar prosedur operasi standard (SOP) semasa PKP.

Ismail turut menyeru orang ramai agar meningkatkan disiplin diri dalam mematuhi arahan ditetapkan dan tidak menunggu sehingga pihak berkuasa mengambil tindakan.

Mengulas mengenai pematuhan SOP, katanya Polis Diraja Malaysia menahan 494 individu yang menyaksikan sejumlah 464 orang dikompaun, 29 direman dan seorang diikat jamin.

Beliau berkata kerajaan juga sedang menggubal Ordinan Darurat bagi meningkatkan jumlah kompaun terhadap individu dan syarikat yang didapati ingkar prosedur operasi standard (SOP) semasa PKP.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Lebih 2 penumpang dibenarkan dalam satu kenderaan di kawasan PKP

Kelonggaran itu berkuat kuasa esok.

PKP dilanjutkan hingga 18 Februari

Perintah kawalan pergerakan (PKP), yang akan berakhir pada 4 Februari ini dilanjutkan selama dua minggu lagi.

Sektor ekonomi ketika PKP tidak akan ditutup sepenuhnya, kata menteri

Keputusan itu diambil kerajaan bagi mengimbangi kelangsungan hidup dan kesihatan rakyat ketika pandemik Covid-19.

Pasangan ‘PJJ’ boleh rentas negeri mulai esok, kata menteri

Kerajaan bersetuju memberi kelonggaran itu tetapi pasangan terbabit perlu mendapat kebenaran polis terlebih dahulu.

Usah politikkan darurat Covid-19, kata menteri kanan

Darurat memudah cara dalam mengawal penularan Covid-19 dengan membuat ordinan baru tanpa perlu melalui proses penggubalan undang-undang di Parlimen.