Sunday, October 24, 2021

WhatsApp tangguh perubahan perkongsian data susulan kebimbangan pengguna

WhatsApp membatalkan tarikh akhir 8 Februari depan untuk menerima kemas kini terhadap terma berhubung perkongsian data dengan Facebook.

Other News

WhatsApp semalam menangguhkan perubahan perkongsian data susulan kebimbangan penggunanya mengenai kerahsiaan maklumat mereka sehingga beralih kepada perkhidmatan Telegram dan Signal.

Justeru, aplikasi telefon pintar itu membatalkan tarikh akhir 8 Februari depan untuk menerima kemas kini terhadap terma berhubung perkongsian data dengan Facebook.

Ia memaklumkan, tempoh penangguhan berkenaan akan digunakan untuk menyelesaikan isu maklumat salah berhubung kerahsiaan dan keselamatan terbabit.

“Kami dengar betapa ramai orang ada banyak kekeliruan mengenai kemas kini terbaru itu.

“Kemas kini itu tidak akan memperluas kemampuan kami untuk mengongsikan data dengan Facebook,” kata WhatsApp dalam satu catatan blog.

Menurut WhatsApp, pihaknya akan “berhubung dengan pengguna secara berperingkat untuk mengkaji semula dasar itu sebelum pilihan baru disediakan pada 15 Mei depan”.

Dalam satu lagi catatan blog sebelum ini, WhatsApp menjelaskan, ia dan Facebook tidak boleh membaca pesanan peribadi ataupun mendengar panggilan yang dibuat oleh pengguna.

“Kami tidak menyimpan log mengenai siapa yang setiap orang menghantar pesanan atau menelefon. Kami tidak boleh melihat lokasi dikongsikan anda, begitu juga Facebook,” katanya.

Menurut WhatsApp, pihaknya akan “berhubung dengan pengguna secara berperingkat untuk mengkaji semula dasar itu sebelum pilihan baru disediakan pada 15 Mei depan”.

WhatsApp memaklumkan, data lokasi bersama kandungan mesej adalah enkripsi sepenuhnya.

“Kami memberi pilihan kepada perniagaan untuk menggunakan perkhidmatan selamat daripada Facebook bagi menguruskan perbualan dalam WhatsApp dengan pelanggan mereka, menjawab soalan dan menghantar maklumat berguna seperti resit belian,” katanya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles