Wednesday, January 27, 2021

Trump didakwa lagi, pertama kali dalam sejarah presiden AS

Satu-satunya persoalan di Dewan adalah berapa ramai anggota Republikan yang akan bergabung dengan majoriti Demokrat.

Other News

South Korean giant announces first overseas plant in Malaysia in another major pandemic-season investment

The Sabah plant will cater to the increasing global demand for copper foil which is crucial for electric vehicle batteries.

Gantung Parlimen, Anwar cabar PM di mahkamah

Anwar, selaku pemohon memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam menerusi Tetuan Karpal Singh & Co.

Pemimpin kanan DAP selar Noor Hisham

Ketua pengarah kesihatan itu didakwa menunjukkan kelemahannya dalam perang melawan Covid-19.

DAP leader hits out at Noor Hisham over ‘personal preferences’, ‘blind spots’

Liew Chin Tong criticises the DG for cautioning against the use of rapid test kits, adding that the government has 'practically abandoned' contact tracing as well.

Pasangan ‘PJJ’ boleh rentas negeri mulai esok, kata menteri

Kerajaan bersetuju memberi kelonggaran itu tetapi pasangan terbabit perlu mendapat kebenaran polis terlebih dahulu.

Donald Trump muncul sebagai presiden Amerika Syarikat (AS) pertama dalam sejarah yang berdepan pendakwaan dua kali selepas Dewan Perwakilan mengundi semalam bagi mendakwanya melakukan hasutan dalam serangan ganas terhadap Kongres minggu lalu.

Senat tidak akan mengadakan perbicaraan terhadap Trump sebelum 20 Januari ketika pemimpin Demokrat, Joe Biden mengangkat sumpah sebagai presiden AS, sekali gus menyaksikan usahawan hartanah itu terlepas daripada risiko terpaksa meninggalkan pejabatnya lebih awal.

Trump bagaimanapun bakal meninggalkan pejabatnya dalam keadaan aib selain berdepan perbicaraan Senat kemudian.

Satu-satunya persoalan di Dewan adalah berapa ramai anggota Republikan yang akan bergabung dengan majoriti Demokrat.

Perkara yang membawa kepada pendakwaan kali kedua ialah apabila 10 pemimpin Republikan berpaling tadah bersetuju mengundi untuk mendakwa Trump bersama-sama majoriti pemimpin Demokrat.

Trump yang berada di Rumah Putih tidak memberikan reaksi segera tetapi beliau sebelum ini mengeluarkan kenyataan ringkas yang menegaskan bahawa beliau menentang keganasan dilakukan penyokongnya.

“Mengingati laporan mengenai lebih banyak demonstrasi, saya mendesak supaya tidak ada kekerasan, tidak melanggar undang-undang dan tidak ada vandalisme dalam apa bentuk sekalipun. Bukan itu yang saya perjuangkan,” katanya.

“Saya meminta rakyat Amerika untuk membantu meredakan ketegangan dan menenangkan kemarahan. Terima kasih.”

Trump dituduh menghasut ribuan penyokongnya untuk menggempur bangunan Capitol di mana kongres sedang bersidang minggu lalu mengakibatkan lima orang terbunuh dan berpuluh-puluh yang lain cedera.

Menggambarkan ketakutan di sebalik pergolakan, anggota bersenjata Pengawal Kebangsaan dikerahkan untuk mengawal keadaan.

Di bangunan Capitol itu sendiri, pengawal dengan penyamaran penuh dan lengkap bersenjata bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Trump selamat daripada pendakwaan kali pertama hampir setahun lalu ketika Senat yang dikuasai Republikan membebaskannya daripada dakwaan menyalahgunakan pejabatnya untuk memfitnah keluarga Biden sebelum pilihan raya.

Kali ini, kejatuhannya disebabkan inti pati ucapan di National Mall pada 6 Januari lalu yang memberitahu bahawa Biden mencuri pilihan raya presiden dan bahawa mereka perlu berarak di Kongres dan menunjukkan “kekuatan”.

Speaker Dewan Perwakilan, Nancy Pelosi memberitahu Dewan bahawa Trump “mesti pergi.”

“Beliau secara jelas adalah berbahaya kepada negara yang kita semua cintai,” katanya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Biden memikul tanggungjawab mengisi harapan besar dunia pada Amerika

Biden dilihat mempunyai personaliti lemah berbanding presiden-presiden daripada Parti Demokratik yang dahulu iaitu Barack Obama, Bill Clinton dan Jimmy Carter.

Trump impeachment trial to begin early February

Trump was impeached on a single charge of 'incitement of insurrection' for his role in whipping up his supporters during a speech in Washington on Jan 6, the day a pro-Trump mob stormed Congress.

Assassinated Iranian general’s daughter rebukes Trump as he leaves White House

In a savage tweet, Zeinab Soleimani said Trump was ending his term in disgrace, isolated and broken.

Hubungan AS, sekutu akan dipulihkan, kata Biden

Biden turut berikrar untuk menjadi penyokong kuat dan boleh diharapkan untuk keamanan, kemajuan dan keselamatan.

Joe Biden angkat sumpah Presiden AS ke-46

Turut mengangkat sumpah Naib Presiden Kamala Harris dalam satu upacara berlangsung di bangunan Capitol pada Rabu.