Friday, January 15, 2021

‘Kemiskinan haid’ melanda miskin bandar ketika pandemik berterusan

Terdapat wanita yang memilih untuk mengandung kerana mahu mengelakkan kedatangan haid selama sembilan bulan.

Other News

Pemuda Umno Pontian gesa Zahid Hamidi berundur

Parti Melayu itu didakwa tidak mempunyai hala tuju masa depan yang jelas di bawah pimpinan Zahid Hamidi.

Pemotong rumput didakwa kerana pukul polis guna topi keledar

Tertuduh didakwa dengan sengaja menghalang penjawat awam iaitu Sarjan Mohd Zainudin Mohd Jidin daripada menjalankan tugasnya.

The city sleeps again

These sets of pictures taken at seven major roads in Kuala Lumpur show life in the city before and after the movement control order was reinstated this week, bringing back memories of the first lockdown in March 2020.

North Korea shows off new submarine-launched missile at parade

North Korea reveals a new submarine-launched ballistic missile at a military parade days before Joe Biden's inauguration.

Flood victims in Sarawak increase 3-fold

But the flood situation is improving in Pahang and Johor.

Setiap bulan, Wan Alifa Wan Izzat berdepan kesukaran apabila terputus bekalan tuala wanita ketika datang bulan untuk tempoh lima hingga sembilan hari.

Suri rumah berusia 31 tahun itu berkata, keadaan menjadi lebih parah sejak pandemik Covid-19 melanda.

Katanya, sekitar Mei tahun lalu, beliau berada dalam kesempitan wang yang memaksanya menggunakan kain perca atau tuala lama yang dipotong-potong kecil sebagai ganti kepada tuala wanita disebabkan ketiadaan wang.

“Biasanya, ada juga beli tuala wanita paket kecil, tahan untuk tiga hari, tapi selepas Covid-19, suami tak mampu lagi sediakan,” katanya kepada MalaysiaNow.

Kepayahan yang dilalui Alifa bukanlah kes yang terpencil dan “kemiskinan haid” sudah menjadi satu trend kemiskinan terutamanya di kawasan-kawasan bandar.

Kemiskinan haid merujuk kepada situasi apabila golongan perempuan atau keluarga tidak mampu memiliki tuala wanita disebabkan kekangan kewangan.

Kesedaran pengurusan haid

Masalah ini sudah mula mendapat perhatian badan bukan kerajaan (NGO) dan aktivis masyarakat.

Seorang pakar sosiologi dari Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) Syarifah Fatimah Al Zahrah Al Attas berkata, sebelum ini, isu kemiskinan haid sudah cukup membimbangkan apabila orang ramai kurang kesedaran tentang pengurusan haid.

Katanya selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan Covid-19 dilaksanakan pada Mac tahun lalu, keadaan menjadi semakin meruncing.

PKP dilaksanakan semula bagi tempoh dua minggu bermula 13 hingga 26 Januari sebagai usaha kerajaan membendung penularan jangkitan Covid-19 yang mencecah 144,518 kes dan 563 kematian setakat semalam.

Fatimah berkata, berdasarkan pemerhatian dan kajian yang dijalankan, sebelum ini tiada permintaan mendadak terhadap kit kebersihan oleh orang ramai di kawasan-kawasan bandar seperti di program perumahan rakyat (PPR).

Tetapi ia mula berubah selepas PKP tahun lalu dengan ramai pihak memohon bantuan produk sanitasi untuk golongan wanita di tempat tinggal masing-masing.

“Ini maksudnya, benda asas untuk kebersihan diri pun mereka tak ada,” katanya kepada MalaysiaNow.

Katanya, situasi dan kepayahan yang dialami oleh segelintir wanita seperti Alifa sukar dikesan kerana mereka berada di dalam rumah sepanjang tempoh PKP.

“Kalau mereka berada di sekolah, kita mungkin tahu, ada beberapa murid perempuan tidak hadir kerana tiada tuala wanita.

“Tapi, bila mana mereka berada di rumah, pengamatan itu tidak boleh dibuat. Saya tak pasti apa akan berlaku untuk dua minggu akan datang. Tapi yang pasti, ia akan menjadi lebih sukar.”

Beza bandar dan luar bandar

Beliau berkata golongan wanita di kawasan luar bandar kebanyakannya menggunakan lampin dewasa yang boleh diulang pakai selepas dicuci.

Manakala, bagi golongan wanita di bandar, tuala wanita pakai buang lebih mudah digunakan kerana banyak urusan seperti bekerja dan menghantar anak ke sekolah.

Menurut Fatimah, apa yang boleh diramalkan pada ketika ini adalah wanita miskin bandar menggunakan apa-apa sumber yang mereka miliki di rumah.

“Ada yang guna kertas, surat khabar lama untuk serap darah. Mungkin itulah cara mereka menguruskannya, sebab tak banyak (orang) yang tanya,” katanya.

Pada tahun 2019, laporan mendedahkan segelintir pelajar perempuan tidak hadir ke sekolah sepanjang tempoh haid kerana tidak mampu membeli tuala wanita dan berisiko ketinggalan dalam pelajaran.

Lebih membimbangkan, terdapat wanita yang memilih untuk mengandung kerana mahu mengelakkan kedatangan haid selama sembilan bulan.

Sementara itu, Fatimah mengingatkan pembukaan sekolah selepas kes Covid-19 reda berpotensi untuk mengulang semula episod tersebut kerana ramai yang berdepan dengan masalah kewangan.

Katanya, ini akan memberikan kesan kepada mereka dalam banyak aspek termasuk tidak mampu untuk membeli produk sanitasi bagi anak-anak gadis untuk ke sekolah.

Lebih membimbangkan, terdapat wanita yang memilih untuk mengandung kerana mahu mengelakkan kedatangan haid selama sembilan bulan.

“Kita tak boleh anggap ini perkara kecil, sebahagian besar orang perempuan datang haid setiap bulan.

“Terutama sekali pelajar sekolah, mereka perlu pergi sekolah setiap bulan. Kalau setiap bulan tak pergi sekolah selama tiga hari sebab haid, ini maksudnya sebulan tak ke sekolah dalam tempoh setahun persekolahan.

“Sebulan jugalah mereka tertinggal pembelajaran di sekolah, itu tempoh yang lama,” katanya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Dilema politik di Malaysia, AS

Ramai yang berasa kecewa terhadap gelagat pemimpin negara yang hanya mementingkan diri sendiri daripada mengambil berat keperluan rakyat.

Kempen utus warkah ke Istana bukti Anwar tak faham fungsi Perlembagaan Agong

Pengamal undang-undang, mengatakan ia menunjukkan presiden PKR itu tidak memahami Perlembagaan Persekutuan.

Covid-19 terus catat rekod tertinggi, 3,337 kes baru, 15 lagi kematian dilaporkan

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 33,989.

2,985 kes Covid-19, 11 lagi kluster baru dikesan

Kes aktif dengan kebolehjangkitan kini berjumlah 32,377.

Najib dibayangi kemungkinan karier politik berakhir dalam tempoh darurat Covid-19

Kes yang melibatkan tujuh dakwaan rasuah terhadap bekas perdana menteri itu sudah cukup untuk menamatkan karier politiknya.