- Iklan -
Berita

Perutusan khas PM 6 petang ini

Perutusan khas itu akan disiarkan secara langsung di saluran stesen televisyen tempatan.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. Gambar: Bernama
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. Gambar: Bernama

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan perutusan khas mengenai pelaksanaan perintah kawalan pergerakan, pada 6 petang ini.

Menerusi catatan di laman Facebook beliau, perutusan khas itu akan disiarkan secara langsung di saluran stesen televisyen tempatan iaitu Radio Televisyen Malaysia (RTM), Bernama TV, TV3 dan Astro Awani.

Pada Jumaat, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, perdana menteri akan membuat pengumuman khas hari ini mengenai tindakan yang akan dilaksanakan kerajaan, berhubung situasi semasa jangkitan Covid-19 yang menunjukkan trend peningkatan.

Sejumlah 2,433 kes harian baru Covid-19 dilapor semalam menjadikan jumlah kumulatif kes positif ialah 135,992 kes, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 27,332 kes.