Tuesday, March 9, 2021

Belum ada keputusan hantar jemaah haji tahun depan

Kerajaan sebelum ini memutuskan ibadat haji tahun ini ditangguh ke tahun depan.

Other News

US pastor sent on leave over Melania Trump ‘trophy wife’ sermon

He has been sent on leave after he exhorted women to be more like former first lady Melania Trump and not let themselves go.

Malaysia pertimbang pemerolehan vaksin CanSino dari China

vaksin CanSino itu merupakan pilihan lebih baik daripada vaksin Johnson & Johnson, yang juga satu dos,

EU banking regulator hit by Microsoft email hack

The European Banking Authority warns that personal data could have been accessed as a result of the attack.

India’s richest state has half of all new Covid-19 cases

India’s tally of over 11 million infections is the world’s highest after the US, but as a proportion of its population, India’s virus deaths rank among the lowest in the world.

DAP tolak kerjasama politik dengan Umno pada PRU15

DAP hanya akan bekerjasama dengan Umno dalam soal melibatkan rakyat.

Sebarang butiran pelaksanaan ibadah haji bagi umat Islam Malaysia tahun hadapan masih belum diputuskan, tegas Pengarah Eksekutif Haji Lembaga Tabung Haji (TH), Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

Sehubungan itu Syed Saleh meminta orang ramai, supaya tidak terpengaruh dengan mana-mana maklumat berkaitan pelaksanaan ibadat haji 2021M/1442H yang tular di media sosial, sejak beberapa hari yang lalu.

“Pihak kami masih belum menerima sebarang makluman rasmi berkaitan dengan urusan ibadat haji untuk tahun 2021M/1442H, dari pihak berkuasa Arab Saudi.

“YB Menteri (Zulkifli Mohammad Al-Bakri) dan pengurusan kanan TH dijangka akan mengadakan mesyuarat dengan menteri haji Arab Saudi dan menteri agama Arab Saudi pada awal tahun hadapan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Syed Saleh berkata, TH akan mengumumkan keputusan perbincangan dan kesepakatan yang akan diambil oleh pemimpin kedua-dua negara, berkaitan dengan isu berkenaan.

Mesej dipercayai tular selepas Muzakarah Haji yang telah diadakan secara dalam talian (Webinar) selama tiga hari bermula 21 Disember lalu.

Mesej yang tersebar melalui aplikasi WhatsApp itu mengandungi butiran haji tahun hadapan termasuk jadual penerbangan, tarikh wukuf, kuota jemaah, kos haji yang didakwa meningkat, serta prosedur operasi standard (SOP) yang perlu diikuti kerana penularan Covid-19.

Sementara itu, Syed Saleh sekali lagi menegaskan supaya orang ramai merujuk hanya kepada TH bagi mendapatkan maklumat yang sahih dan rasmi berkenaan ibadah haji.

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi talian khidmat pelanggan TH di 03-62071919.

Berikutan penularan pandemik Covid-19, kerajaan sebelum ini memutuskan ibadat haji tahun ini ditangguh ke tahun depan.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Makanan popular tidak sihat sukarkan galakan diet seimbang

Makanan manis dan berlemak lebih menarik selera, diet sihat pula sebaliknya kurang manis dan kurang lemak, bagaimana ia boleh dipopularkan?

Tabung Haji umum dividen 3.1%, meningkat berbanding 2019

Agihan keuntungan bagi tahun 2020 melibatkan jumlah sebanyak RM2.24 bilion berbanding RM2.14 bilion pada tahun 2019.

4 lelaki ditahan terlibat dalam pergaduhan di Cheras

Polis menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pergaduhan sekumpulan lelaki pada 6.37 petang semalam.

Dr Mahathir sihat, ada di rumah

Sebelum ini maklumat tersebar di media sosial, termasuk di aplikasi WhatsApp yang menyatakan ahli Parlimen Langkawi itu tidak sihat dan mengalami kesukaran bernafas.

Permohonan cap dagang ‘Harimau Menangis’ ibu Neelofa belum diluluskan

Ibu Neelofa diminta untuk tidak mendahului keputusan MyIPO.