Saturday, February 27, 2021

Pemimpin Iran puji Jesus Christ dalam perutusan Krismas

Ucapan mereka menyentuh persamaan antara Kristian-Islam dalam meneruskan tradisi sambutan Krismas.

Other News

Mengejek tak membantu perbaiki kelemahan bahasa Inggeris guru, kata pendidik

Mereka berkata, sebutan yang tidak tepat seharusnya dibetulkan secara positif, bukannya mengejek kerana ia tidak memperbaiki apa-apa.

Throwing stones won’t help, educationists say on teacher with ‘bad English’

They say mispronunciations should be corrected through positive reinforcement, and that mocking others for their English won't improve anything.

UK Supreme Court rejects legal bid by IS bride to return

Five judges at the Supreme Court gave a unanimous decision in the case of Shamima Begum, whose legal battles have come to be seen as a test of how Britain treat nationals who joined jihadists.

Khairy jelaskan mengapa tidak ambil vaksin Pfizer

Beliau merupakan menteri yang menguruskan pembelian vaksin dan masih belum mengambil suntikan vaksin Covid-19.

Duta AS baru lapor diri di Kuala Lumpur

Beliau mempunyai pengetahuan luas tentang Asia Tenggara dan pernah bertugas di Jakarta dan Seoul.

Presiden Iran Hassan Rouhani memberi penghormatan kepada Jesus Christ atau dalam mesej ucapan Krismas, sebagai meneruskan tradisi pemimpin di Republik Islam mengenai persamaan Islam dan Kristian ketika musim perayaan.

Dalam perutusan kepada Paus Francis, Rouhani berkata umat manusia harus mencontohi Jesus sebagai suri teladan.

“Jesus Christ merupakan pertanda monoteisme dan perutusan kebaikan, altruisme, kebebasan dan penyelamat,” katanya.

“Merenung kepada perwatakan dan sifat terpuji Jesus Christ, dan melihat kepada perilaku dan gaya hidupnya, yang selalu dikaitkan dengan kebaikan serta toleransi, ia dapat membantu mengatasi cabaran sosial dan budaya yang dihadapi umat manusia hari ini. Ia juga boleh menjadi ubat kepada penderitaan, menyelamatkan manusia daripada masalah dan menjadi panduan kepada kesempurnaan manusia,” tambahnya.

Rouhani juga mengatakan dia berdoa agar “sebarang keberkatan yang dikaitkan dengan hari lahir Jesus Christ” akan diikuti dengan tahun baru lebih baik supaya “virus jahat Covid-19 akan dapat dikawal dan dibendung”.

“Saya berdoa kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa menganugerahkan kesihatan dan kejayaan kepada Yang Mulia dan saya berharap semua orang di seluruh dunia peroleh kemakmuran dan kemulian,” tambahnya.

Terdahulu, Menteri Luar Iran Mohammad Javad Zarif mengutus mesej sambutan Krismas hampir sama, dengan menggambarkan Jesus sebagai “Roh Suci” yang dihormati umat Islam.

“Saya mengucapkan Selamat Hari Krismas dan musim cuti perayaan yang gembira, sihat dan aman,” katanya.

Terdapat kira-kira 1% penganut Kristian daripada 82 juta penduduk Iran, dan sekitar 600 gereja wujud di seluruh negara itu.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Covid-19 dijangka meningkat selepas rakyat Malaysia bercuti hujung tahun

Hotel-hotel dilaporkan penuh termasuk destinasi pelancongan menjadi tumpuan orang ramai.

‘Merry Christmas’, kedai kek dan Islam ala Malaysia

Tetapi masalah ini tidak bermula disebabkan kerajaan sekarang dan tidak juga berakhir sewaktu mereka yang melaungkan slogan reformasi memimpin.

Ucapan Krismas dibenarkan, cuma tidak boleh dipamer di premis sijil halal, kata Jakim

Jakim menjelaskan tiada larangan khusus untuk ucapan seperti 'Merry Christmas' pada produk.