Sunday, March 7, 2021

Tiada ‘teka-teki’ tarikh PRU antara cadangan ERC untuk reformasi pilihan raya

Sesetengah cadangan untuk mereformasi sistem pilihan raya akan mengurangkan kelebihan kerajaan memerintah.

Other News

Ahli Parlimen Tebrau nafi dakwaan PH berhubung tekanan dari LHDN dan SPRM

Steven Choong berkata tuduhan pemimpin Pakatan Harapan adalah tidak berasas.

Tebrau MP denies PH claim of pressure from tax and anti-graft agencies

LHDN and MACC also deny being used to pressure opposition politicians and their family members.

PDRM nafi dijadikan ‘senjata politik’ sekat demokrasi

SPRM turut senada dengan PDRM nafi dakwaan agensinya dijadikan alat politik.

Aktiviti sukan individu, berpasukan dibenarkan di kawasan PKPB, PKPP

Kebenaran itu tertakluk kepada arahan kawalan pergerakan yang sedang berkuat kuasa dan kebenaran pihak berkuasa berkaitan.

Malaysia catat 1,680 kes baru Covid-19 hari ini

Kes baru masih menunjukkan trend penurunan dengan catatan angka di bawah 2,000 kes.

Syor yang dikemukakan jawatankuasa khas untuk mereformasi sistem pilihan raya akan menyaksikan transformasi pilihan raya umum di Malaysia termasuk cadangan yang akan mengurangkan kelebihan kerajaan memerintah berbanding pencabarnya.

Salah satu daripada 49 syor yang dikemukakan Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-undang Pilihan Raya (ERC) adalah menamatkan teka-teki tarikh pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Dalam laporan yang dikemukakan kepada Putrajaya pada Ogos, ERC berkata notis awal sekurang-kurangnya enam bulan patut diberikan supaya parti-parti politik dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) lebih bersedia apabila Parlimen dibubarkan.

Di bawah undang-undang sekarang, kerajaan memerintah mempunyai prerogatif untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya pada bila-bila masa yang dimahukan.

“Pembubaran Dewan secara mengejut akan menyebabkan parti-parti pembangkang atau mana-mana orang yang ingin bertanding berada dalam keadaan yang tidak bersedia. SPR juga menghadapi kesukaran, terutamanya dalam persediaan logistik serta lantikan dan latihan kepada petugas-petugas pilihan raya,” kata laporan ERC yang dilihat MalaysiaNow.

Sebelum ini spekulasi sering timbul dalam kalangan ahli-ahli politik dan penganalisis tentang tarikh pilihan raya umum walaupun masa masih panjang sebelum mandat lima tahun berakhir.

Pada 2018, perdana menteri pada ketika itu Najib Razak membuat keputusan untuk menunggu sehingga mandat Barisan Nasional berakhir sebelum mengadakan pilihan raya selepas spekulasi timbul beberapa bulan sebelumnya.

ERC berkata, amalan mengumumkan pembubaran Parlimen lebih awal turut dilaksanakan di New Zealand dan menambah Perdana Menteri Jacinda Ardern mengumumkan pembubaran Parlimen pada Januari tahun ini, lebih kurang 10 bulan sebelum mandat kerajaannya berakhir pada Oktober.

Antara syor ERC akan menyaksikan tradisi berhimpun semasa hari penamaan calon dimansuhkan.

Jawatankuasa itu berkata, penamaan calon boleh dilakukan secara dalam talian tanpa perlunya pihak berkuasa menyediakan logistik untuk mengawal orang ramai dan memastikan ketenteraman antara penyokong calon yang bertentangan.

“Kehadiran anggota polis yang terlalu ramai, meskipun tujuannya adalah untuk menjaga ketenteraman awam, tidak melambangkan unsur demokrasi yang diinginkan seperti yang diamalkan oleh di negara-negara maju,” tambah laporan itu.

Laporan itu juga mengesyorkan tempoh penamaan calon yang lebih lama sehingga beberapa hari berbanding tempoh satu jam sebelum pencalonan disahkan dan diumumkan pegawai pengurus.

Ia memetik beberapa contoh negara lain di mana tempoh penamaan calon selama beberapa hari seperti di United Kingdom (3 hari), New Zealand (5 hari), India (7), Australia (14) dan Afrika Selatan (16).

“Tempoh selama satu jam terlalu singkat dan memberi tekanan kepada pihak yang ingin menyerahkan borang pencalonan,” kata laporan ERC.

ERC berkata, penamaan calon secara dalam talian juga dapat mengelakkan ketegangan antara penyokong-penyokong parti politik yang berhimpun di pusat penamaan calon.

Jawatankuasa itu turut mencadangkan tempoh berkempen antara 14 hingga 21 hari dengan undang-undang menetapkan hari mengundi diadakan pada hari Sabtu.

Pada pilihan raya sebelum ini kerajaan kebiasaannya menetapkan tempoh berkempen kurang dari dua minggu.

“Tempoh selama satu jam terlalu singkat dan memberi tekanan kepada pihak yang ingin menyerahkan borang pencalonan,” kata laporan ERC.

Pada 2018 kempen pilihan raya berlangsung selama 11 hari berbanding 15 hari pada 2013. Tetapi masih lama berbanding tempoh berkempen pada 1980-an dan 1990-an.

Pada 1999, kempen selama sembilan hari ditetapkan pentadbiran Dr Mahathir Mohamad.

Pilihan raya diadakan ketika penentangan terhadap kerajaan memuncak selepas Anwar Ibrahim dipecat setahun sebelumnya.

ERC turut mencadangkan tempoh bertenang lebih panjang di mana semua bentuk kempen pilihan raya diharamkan.

Pada ketika ini, parti-parti politik dan calon boleh berkempen sehingga tengah malam sebelum hari mengundi.

“Tempoh bertenang selama dua hari akan memberi ruang kepada para pengundi untuk membuat penilaian secara rasional sebelum melangkah ke pusat mengundi. Pihak yang bertanding pula perlu menurunkan bahan-bahan kempen semasa tempoh bertenang,” kata ERC.

Putrajaya baru-baru ini mengumumkan jawatankuasa khas Kabinet diketuai Menteri Kanan Mohamed Azmin Ali untuk mengkaji 49 syor dikemukakan ERC.

ERC yang diketuai bekas pengerusi SPR Abdul Rashid Abdul Rahman ditubuhkan kerajaan Pakatan Harapan untuk membaiki kelemahan dalam sistem pilihan raya.

Semalam Rashid melahirkan keyakinan kesemua 49 syor dikemukakan akan dilaksanakan dan menambah sesetengah daripadanya akan dilaksanakan segera.

Bercakap kepada MalaysiaNow Ketua Eksekutif ERC Amerul Muner Mohamad berkata proses pengundian antara tiga masalah utama yang perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan jika mahu memastikan pilihan raya adil.

Katanya, kelemahan mana-mana proses dalam pilihan raya akan melemahkan keseluruhan sistem pilihan raya itu sendiri.

“Jadi tidak boleh ada satu kesalahan pun kerana ia akan mencerminkan integriti SPR itu sendiri.”

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Ku Nan mulakan langkah sekat Khairy ke Putrajaya

Langkah pertama dilakukan ketua Umno Bahagian Putrajaya itu ialah menyekat timbalannya, Tun Faisal Ismail Aziz.

Darurat Covid-19 diperlukan, kata PM

'Saya pun tak tahu parti mana sekarang yang mempunyai jumlah kerusi yang lebih besar daripada saya', kata Muhyiddin.

Umno didesak singkir Tajuddin sebagai pengarah pilihan raya

Tajuddin ketika dihubungi tidak menolak spekulasi itu dan tidak keberatan menerima sebarang keputusan ditetapkan parti.

Pertandingan 3 penjuru PRU15 rugikan politik Melayu-Islam, kestabilan negara

Hasil kajian tiga badan bukan kerajaan (NGO) itu mengambil kira negeri utara, pantai barat, pantai timur dan selatan.

Armada sokong Undi18, gesa pemerkasaan pendidikan politik

Undi18 telah diangkat secara dasar sebagai agenda Armada sejak mula sehingga kini.