- Iklan -
Berita

Klinik Perubatan Laurent Bleu tawar ujian Covid-19 serendah RM60

Keputusan boleh diperoleh dalam tempoh 30 minit.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) layak membuat tuntutan 100%. Gambar: AFP
Pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) layak membuat tuntutan 100%. Gambar: AFP

Orang ramai kini boleh melakukan ujian Covid-19 serendah RM60 menggunakan kit ujian pantas antigen (RTK-Ag) melalui satu inisiatif dilakukan oleh Klinik Perubatan Laurent Bleu.

Ketua Pegawai Eksekutif Laurent Bleu, Natasha Ng berkata tawaran bermula semalam itu, merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat dengan menyediakan ujian pada harga berpatutan untuk semua orang.

“Inisiatif ini sejajar dengan langkah kerajaan yang menjalankan saringan kepada pekerja asing di kawasan zon merah,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, mana-mana individu yang merupakan pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) layak membuat tuntutan 100%.

“Jadi mereka boleh jalani saringan dengan RM60 sahaja, dan bagi yang layak boleh tuntut semula daripada Perkeso,” katanya.

Katanya, ujian itu hanya mengambil masa sekitar 30 minit bagi setiap seorang bermula daripada proses pendaftaran sehingga mendapat keputusan.

Mana-mana pihak yang berminat boleh membuat janji temu melalui aplikasi WhatsApp +60 10-5286368 atau e-mel kepada [email protected] atau berkunjung ke CMC Central yang terletak di Taman Connaught, Cheras.