Friday, November 27, 2020

Kebenaran rentas zon hijau bakal hidupkan semula pelancongan domestik, kata menteri

Keputusan itu mampu meredakan kegusaran pengusaha perkhidmatan pelancongan seperti perhotelan dan resort, pemandu pelancong, inap desa dan produk pelancongan.

Other News

Dr M attacks opposition bloc after PH MPs shy away from budget vote

The former leader was among 13 who had stood up to call for a bloc vote.

Dr Mahathir selar ahli Parlimen PH kerana sokong Belanjawan 2021

Beliau dan empat ahli Parlimen Pejuang tetap dengan pendirian untuk menolak Belanjawan 2021.

Anwar gave last-minute memo to PH MPs after Najib backed out of budget threat

The word-of-mouth message however did not reach Amanah MPs, most of whom stood up to call for a bloc vote.

Selepas Najib tarik diri, Anwar arah ahli Parlimen PH sokong Belanjawan 2021

Mesej mulut ke mulut itu tidak sampai kepada ahli Parlimen Amanah yang majoritinya bangun menuntut undi belah bahagi.

935 kes baru Covid-19, 2,555 pulih, 3 lagi kematian dilaporkan

Angka keseluruhan Covid-19 kini berjumlah 60,752 kes.

Pengumuman kerajaan membenarkan perjalanan rentas daerah dan negeri, membabitkan negeri zon hijau mulai Ahad ini akan menghidupkan semula pelancongan domestik yang terjejas akibat Covid-19, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Nancy Shukri.

Beliau juga yakin keputusan itu mampu meredakan kegusaran pengusaha perkhidmatan pelancongan seperti perhotelan dan resort, pemandu pelancong, inap desa dan produk pelancongan yang kehilangan sumber pendapatan dalam tempoh sukar itu.

Kerajaan semalam bersetuju membenarkan perjalanan rentas daerah dan negeri, membabitkan negeri-negeri zon hijau dan daerah hijau di negeri merah dengan membuat permohonan dari pihak polis.

Justeru, beliau amat berharap semua rakyat khususnya di zon hijau menggunakan peluang itu untuk melancong secara domestik, selain disaran menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan dan perkhidmatan pelancongan tempatan yang lain.

“Peluang ini juga harus digunakan sebaiknya oleh pemain industri dengan promosi serta tawaran pelancongan yang menarik selaras dengan norma baharu dan SOP (prosedur operasi standard) untuk menarik minat pelancong,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas menjadi panel jemputan dalam program Ruang Bicara yang disiarkan secara langsung di Bernama TV, malam tadi.

Kerajaan semalam bersetuju membenarkan perjalanan rentas daerah dan negeri, membabitkan negeri-negeri zon hijau dan daerah hijau di negeri merah dengan membuat permohonan dari pihak polis.

Susulan perkembangan terbaru itu, Nancy berkata SOP berkaitan pelancongan sedang dikemas kini berikutan terdapat beberapa pindaan kecil perlu dibuat atas nasihat Majlis Keselamatan Negara.

Beliau berkata senarai baharu SOP itu dijangka dimuat naik di laman sesawang rasmi kementerian dalam dua hari lagi.

Nancy berkata kementerian juga akan mengadakan sesi libat urus bersama pemain industri untuk berbincang dan memastikan kelonggaran itu dapat digunakan sebaiknya dalam memulihkan kembali sektor berkenaan.

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Tempoh 48 jam bebas cukai di tiga pulau kekal, kata menteri

Langkah menetapkan tempoh 48 jam dibuat bagi membolehkan pelancong asing dan tempatan memberikan pendapatan kepada ekonomi tempatan.

Putrajaya bersedia hidupkan kembali pelancongan domestik walaupun pandemik belum berakhir

Perjalanan dari zon hijau ke destinasi pelancongan seluruh negara dilonggarkan.

Jatuh dan berjaya, bangun semula gara-gara pandemik Covid-19

Mohd Saddam Irrban berusaha melakukan yang terbaik kesan daripada Covid-19 terhadap perniagaannya.

Jangan beri alasan remeh mohon rentas negeri, kata polis

Polis boleh menolak permohonan rentas negeri sekiranya alasan diberikan tidak kuat.