Thursday, November 26, 2020

Jangan lupa SOP ketika sambut Deepavali, pesan PM

Meskipun negara masih bergelut dengan pandemik Covid-19 Deepavali tetap disambut dengan meriah esok.

Other News

Endless possibilities: Rumours swirl ahead of budget vote

From the appointment of an interim PM to a royal decree for a state of emergency, rumours are flying as MPs meet in the Dewan Rakyat ahead of a crucial budget vote.

SPRM tidak ‘pilih bulu’ siasat kes rasuah termasuk ahli politik, kata menteri

2,287 kertas siasatan dibuka ke atas penjawat awam bagi menyiasat aduan kesalahan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.

KDN rangka pelan strategik holistik tingkatkan kawalan sempadan negara, kata menteri

Pembelian aset serta fasiliti moden seperti dron, armoured personal carrier, night vision goggles, GPS tracker untuk keselamatan sempadan.

Agrobank lulus pembiayaan RM1.3 bilion bantu lebih 39,000 usahawan mikro pertanian

Skim menawarkan kemudahan pembiayaan tanpa cagaran dengan kadar faedah yang rendah iaitu 3.5%.

Kematian Maradona, Argentina berkabung 3 hari

Maradona meninggal dunia pada Rabu akibat serangan jantung di kediamannya di daerah Tigre, utara Buenos Aires.

Muhyiddin Yassin berharap dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, penganut Hindu di negara ini tetap merayakan Deepavali yang akan disambut esok dengan meriah, walaupun dalam keadaan negara masih bergelut dengan pandemik Covid-19.

Sambil menzahirkan ucapan Selamat Hari Deepavali, Perdana Menteri turut mengajak seluruh masyarakat Malaysia untuk bersama-sama menghormati dan menghargai kepelbagaian yang wujud dalam negara, dengan berkongsi kemeriahan perayaan Deepavali yang disambut oleh penganut agama Hindu di Malaysia.

“Rakyat Malaysia bertuah kerana negara kita terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan agama. Setiap kaum mempunyai budaya, tradisi dan adat resam masing-masing yang menjadi sumber kekuatan kita sebagai sebuah negara majmuk yang aman, harmoni dan bersatu padu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena sambutan Deepavali 2020 yang disiarkan di laman Facebook rasminya hari ini.

Perdana Menteri turut menyeru rakyat Malaysia berbilang kaum agar berganding bahu menghadapi cabaran getir yang sedang dihadapi negara pada masa ini.

“Pelbagai cabaran getir yang sedang kita hadapi pada masa ini. Bersama-samalah kita berganding bahu, bersatu-padu dengan semangat yang cekal dan tabah untuk masa hadapan Malaysia yang lebih cerah buat kita semua,” katanya.

Beliau juga menasihatkan supaya penganut Hindu yang meraikan pesta cahaya itu, agar mengelak daripada bersalaman atau berhimpun, dan sentiasa mengamalkan penjarakan fizikal.

“Sambutan Deepavali tahun ini agak berbeza kerana ia berlangsung ketika negara sedang berdepan dengan pandemik Covid-19.

Perdana Menteri turut menyeru rakyat Malaysia berbilang kaum agar berganding bahu menghadapi cabaran getir yang sedang dihadapi negara pada masa ini.

“Kes-kes harian yang dicatatkan pada masa ini agak tinggi sehingga kerajaan terpaksa melaksanakan Peritah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) (di beberapa negeri) bagi mengawal dan mengekang penularan wabak ini di dalam komuniti kita,” katanya.

Perdana Menteri juga berharap masyarakat beragama Hindu akan tetap meraikan perayaan Deepavali dengan meriah di rumah bersama anggota keluarga masing-masing dengan mematuhi segala garis panduan atau SOP yang telah ditetapkan.

“Elakkan bersalaman ataupun berhimpun dan amalkanlah penjarakan fizikal untuk kita bersama-sama memutuskan rantaian jangkitan Covid-19,” katanya.

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Endless possibilities: Rumours swirl ahead of budget vote

From the appointment of an interim PM to a royal decree for a state of emergency, rumours are flying as MPs meet in the Dewan Rakyat ahead of a crucial budget vote.

Opposition MPs warned against joining Umno rebels to bring down PM

Senior lawyer says it would be irresponsible to topple the government when no opposition leader has enough backing from MPs.

PN backbenchers pledge ‘solid support’ for budget, PM

They say they will put aside their differences to prioritise the fight against the Covid-19 pandemic.

AS ucap tahniah kepada Malaysia atas kejayaan selaku hos Apec

Deklarasi Kuala Lumpur dan pelancaran Visi Putrajaya 2040 itu bakal menjadi aspirasi baharu kepada komuniti Apec.

Umno leader goes solo in frantic bid to shore up support for Anwar?

Source claims there has been lobbying by a senior politician ahead of a crucial budget vote.