Monday, January 18, 2021

Bekalan air di lebih 800 kawasan Lembah Klang pulih

Ia meliputi 69% daripada 1,279 kawasan yang mengalami gangguan bekalan air.

Other News

Australia unlikely to open borders this year

Border restrictions will continue despite the rollout of vaccines, with quarantine to remain a norm as well.

Brazil finally approves and rolls out AstraZeneca and Sinovac vaccines

President Bolsonaro continues to spread doubts about vaccines and has come under renewed fire in recent months.

Mangsa banjir di Sabah bertambah

Keadaan di Pahang dan Sarawak semakin pulih.

MPs call for extension of restaurant operating hours

They say this will help revive economic activities for vendors and encourage the people to stay at home.

Ahli Parlimen pembangkang gesa kerajaan benarkan kedai makan beroperasi selepas 8 malam

Mereka turut menuntut kerajaan melanjutkan moratorium sekurang-kurangnya untuk tempoh enam bulan lagi.

Sejumlah 888 kawasan atau 69 peratus daripada 1,279 kawasan yang mengalami gangguan bekalan air berikutan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang akibat pencemaran pada Selasa lepas, menerima bekalan air sepenuhnya setakat 6 pagi tadi.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata baki 391 kawasan masih dalam proses pemulihan.

“Pengguna disarankan untuk membiarkan air pili mengalir sehingga jernih sebelum digunakan.

“Air Selangor berharap pengguna yang mendapat bekalan air akan menggunakannya secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang terjejas berjalan lancar seperti dijadualkan,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, wilayah Kuala Selangor mencatat peratus pemulihan tertinggi iaitu 99 peratus diikuti Kuala Langat (80 peratus), Hulu Selangor (87 peratus), Kuala Lumpur (75 peratus), Petaling (60 peratus), Gombak (55 peratus) dan Klang/Shah Alam (51 peratus).

Elina berkata bantuan bekalan air alternatif di pili-pili awam dan Pusat Khidmat Setempat (PKS) masih disediakan untuk kemudahan pengguna yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual itu.

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Long, winding road to solving Selangor’s water crisis

There may be no quick fix to the seemingly never-ending disruptions to water supply plaguing the state.

Bekalan air di Lembah Klang pulih sepenuhnya

Pihak Air Selangor berkata mereka menghargai kesabaran pengguna di kawasan terjejas.

Water supply back in 69% of affected areas

Air Selangor says efforts are being made to restore supply to the remaining 391 areas.

Pencemaran Sungai Selangor, 2 pengarah syarikat direman

Mereka ditahan reman tujuh hari mulai hari ini hingga 17 November.

4 arrested over Sungai Selangor pollution

The four, who include two company directors, have been remanded for seven days.