- Iklan -
Berita

781 tapak pembinaan ditutup kerana tak patuh SOP

Tidak faham SOP yang ditetapkan serta keliru punca syarikat tapak pembinaan diarah tutup operasi.

Fazreen Kamal
1 minit bacaan
Kongsi
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) memeriksa lebih 7,000 lokasi tapak pembinaan di seluruh negara.
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) memeriksa lebih 7,000 lokasi tapak pembinaan di seluruh negara.

Sebanyak 781 tapak pembinaan di seluruh negara diarah tutup operasi buat sementara selepas didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), kata Eddin Syazlee Shith.

Timbalan menteri kerja raya itu berkata, penutupan dilakukan selepas Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) memeriksa 7,704 lokasi sehingga 18 Oktober lalu.

“Laporan pemeriksaan menunjukkan 6,923 tapak pembinaan mematuhi SOP Covid-19 dan dibenarkan beroperasi.

“Bagi Sarawak, 739 tapak dibenarkan beroperasi dan dengan jumlah itu didapati empat tapak di Sarawak langgar SOP Covid-19 dan tidak dibenarkan beroperasi,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Ahmad Johnie Zawawi (GPS-Igan) bertanya tentang jumlah terkini tapak pembinaan yang dibenarkan beroperasi kerana patuh SOP Covid-19 di seluruh negara dan berapa banyak yang tidak patuh serta tidak dibenarkan beroperasi.

“Laporan pemeriksaan menunjukkan 6,923 tapak pembinaan mematuhi SOP Covid-19 dan dibenarkan beroperasi.

Eddin berkata, antara punca utama kegagalan mematuhi SOP disebabkan syarikat itu sendiri tidak memahami SOP yang dilaksanakan sehingga menyebabkan kekeliruan.

“Dengan itu, CIDB ambil pendekatan bersesuaian antaranya memberikan perincian untuk ambil pendekatan butiran supaya SOP itu difahami oleh syarikat berkenaan.

“Bagi syarikat dengan sengaja enggan mematuhi SOP ini, tentulah akan diambil tindakan yang keras akan diambil oleh CIDB antaranya dengan memberi amaran dan notis pemberhentian.”