- Iklan -
Berita

Kumpulan hak asasi bidas pelarian kanak-kanak ditahan imigresen sewaktu pandemik Covid-19

Kumpulan itu turut menyifatkan tindakan tersebut sebagai “tidak berperi kemanusiaan”.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi

Sebuah kumpulan hak asasi manusia membidas tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) selepas mengesahkan seramai 756 kanak-kanak ditahan dalam pusat tahanan imigresen sejak sebulan lalu dengan menyifatkannya sebagai “tidak berperi kemanusiaan” khususnya di tengah-tengah pandemik jangkitan Covid-19.

Koordinator Lawyer for Liberty (LFL) Zaid Malik dalam satu kenyataan hari ini menggesa kerajaan agar membebaskan tahanan kanak-kanak tersebut dengan kadar segera dan kembali kepada jagaan ibu bapa, penjaga dan pusat kebajikan.

“Sukar untuk difahami mengapa pihak berkuasa merasakan ia satu tindakan yang betul untuk menahan pekerja asing dan pelarian kanak-kanak yang kebanyakannya ditahan tanpa kehadiran penjaga dalam pusat tahanan yang penuh sewaktu pandemik melanda seluruh dunia,” katanya.

Katanya, kanak-kanak tersebut tidak boleh dilayan seperti penjenayah kerana mereka tidak memasuki negara atas kehendak sendiri sebaliknya menjadi mangsa keadaan.

Beliau berkata, Malaysia selaku negara ahli dalam Konvensyen Hak Kanak-Kanak (CRC) perlu mematuhi Perkara 3 dalam perjanjian itu yang menegaskan kewajipan negara ahli untuk menjaga kepentingan dan kebajikan kanak-kanak perlu menjadi keutamaan.

Dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat pada Rabu, KDN memberitahu daripada jumlah tersebut, seramai 326 tahanan kanak-kanak terdiri daripada warganegara Myanmar dan ditahan tanpa penjaga masing-masing.

Ikuti kami di Telegram untuk kemas kini terkini: https://t.me/malaysianowbm

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi

Artikel Berkaitan

Tiada artikel ditemui.