Sunday, November 22, 2020

SPR akan keluarkan SOP baru pilihan raya dalam masa terdekat, kata pengerusi

Beberapa penambahan baru yang lebih ketat, yang akan dijelaskan nanti seperti kempen melalui media sosial.

Other News

Kesedihan dan kesunyian Mahathir

Pada 19 November lalu, Khamis, Dr Mahathir Mohamad dalam blognya meluahkan perasaan sedih dan kesunyiannya apabila merakamkan peringatannya pada Khalid Julong. Menurut beliau, dengan pemergiannya...

Living on a prayer after pandemic-related ban on religious activities

For many imams, the events that once earned them an income on the side have been brought to a halt by the various lockdowns.

Bagaimana Covid-19 sebabkan pendapatan golongan agama terjejas

Pusat ibadah ditutup dan banyak majlis keramaian dihadkan untuk membendung penularan jangkitan Covid-19.

1,041 kes baru Covid-19, 1,045 pulih, 3 lagi kematian dilaporkan

Selangor catat kes tertinggi sebanyak 402 jangkitan baru.

1,041 new cases, record 1,405 recoveries

Three more deaths push toll to 332.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menampilkan prosedur operasi standard (SOP) yang baru berkaitan pilihan raya dalam masa terdekat selaras dengan peningkatan kes Covid-19 dalam negara sejak kebelakangan ini.

Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh berkata SOP itu turut akan mengambil kira tiga syor yang dikemukakan Kementerian Kesihatan, yakni tidak boleh merentas negeri; sempadan negeri atau daerah, tiada perhimpunan ramai bagi melaksanakan kempen; dan tiada lawatan dari rumah ke rumah.

Antaranya ialah tiada lagi kempen secara bersemuka; dan ziarah calon atau penyokong parti ke rumah-rumah serta tinjauan mesra tidak lagi dibenarkan.

“Kita sudah ada SOP yang baru, nanti akan dimaklumkan. Pandangan yang baik juga kita akan timbang untuk diterima,” katanya kepada Bernama TV ketika dihubungi di Kuala Lumpur, hari ini.

Ghani berkata terdapat beberapa penambahan baru yang lebih ketat, yang akan dijelaskan nanti seperti kempen melalui media sosial.

Bagaimanapun, SOP sedia ada masih diguna pakai selaras dengan Garis Panduan Pencegahan Covid-19 Bagi Pelaksanaan Pilihan Raya yang disediakan SPR.

Sebelum ini, SPR menetapkan beberapa garis panduan terbaru bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi yang akan diadakan pada 5 Disember ini.

Antaranya ialah tiada lagi kempen secara bersemuka; dan ziarah calon atau penyokong parti ke rumah-rumah serta tinjauan mesra tidak lagi dibenarkan.

Malah bagi penambahbaikan aktiviti berkempen, SPR mencadangkan calon atau parti hanya dibenarkan membuka satu bilik gerakan sahaja.

Semalam, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah mencadangkan sebarang pilihan raya tidak diadakan pada masa ini.

Bagaimanapun, memandangkan tiada kuasa yang boleh menghalang pilihan raya untuk dibatalkan, beliau mengesyorkan tiga prinsip diikuti sepenuhnya sebagai syarat sebelum sesuatu pilihan raya itu diadakan.

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Jangan lupa SOP ketika sambut Deepavali, pesan PM

Meskipun negara masih bergelut dengan pandemik Covid-19 Deepavali tetap disambut dengan meriah esok.

3 orang satu kenderaan dibenarkan, kata menteri

Keputusan itu berkuat kuasa serta-merta dengan syarat penumpang dan pemandu itu dari rumah yang sama.

Tiada larangan penumpang duduk sebelah pemandu, kata menteri

Beliau meminta polis mengambil tindakan segera terhadap individu berkenaan termasuk yang menyebarkan klip video di media sosial kerana memburukkan imej PDRM.

781 tapak pembinaan ditutup kerana tak patuh SOP

Tidak faham SOP yang ditetapkan serta keliru punca syarikat tapak pembinaan diarah tutup operasi.

Tak perlu imbas MySejahtera jika tidak berurusan dalam premis stesen minyak, kata menteri

Hanya indvidu yang memasuki dalam premis stesen minyak perlu mendaftar MySejahtera.