Friday, January 15, 2021

PKPB di Labuan berkuatkuasa 17 hingga 30 Oktober

Peningkatan kes Covid-19 di Sabah agak tinggi.

Other News

Volkswagen buka pusat alat ganti serantau di Johor

Pemilihan Malaysia dilakukan kerana lokasi yang berpusat dan mempunyai jaringan hubungan yang baik.

German auto giant Volkswagen sets up massive parts hub in Johor

The automaker says the selection of Malaysia suits its plans to expand Volkswagen's foothold in Asia-Pacific.

Kempen utus warkah ke Istana bukti Anwar tak faham fungsi Perlembagaan Agong

Pengamal undang-undang, mengatakan ia menunjukkan presiden PKR itu tidak memahami Perlembagaan Persekutuan.

Anwar’s letter-writing campaign to palace points to ignorance of Agong’s constitutional role

Senior lawyers say the king does not have the constitutional power to revoke the emergency as urged by Anwar.

Azmin mohon batal saman 10 pengundi Gombak

Permohonan itu akan difailkan sebelum tarikh pengurusan kes akan datang yang ditetapkan pada 16 Februari.

Ekoran peningkatan kes Covid-19 di Labuan, Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuatkuasa 17 Oktober ini.

Menteri Kanan Keselamatan, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan PKPB bagi Wilayah Persekutuan itu sehingga 30 Oktober pada sidang media hari ini.

Bagi SOP PKPB di Labuan, semua aktiviti ekonomi termasuk industri dan perkilangan adalah dibenarkan.

“Antara SOP yang dipersetujui PDRM bertanggungjawab melaksanakan kawalan ke atas kawasan tempat jangkitan dengan bantuan ATM, APMM, APM & RELA.

“Hanya dua orang sahaja yang dibenarkan untuk keluar dari rumah bagi tujuan mendapatkan bekalan makanan serta keperluan-keperluan yang lain. Individu yang berisiko tinggi dan kanak-kanak tidak digalakkan keluar ke kawasan awam, terbuka dan sesak.

“Bagi kenderaan yang membawa pekerja adalah dibenarkan untuk beroperasi dengan pematuhan SOP,” kata Ismail Sabri.

Manakala katanya bagi kawalan pergerakan air, Perkhidmatan pengangkutan air bagi Feri RoRo, Feri Ekspres dan Bot Laju dibenarkan beroperasi sehingga jam 6 petang sahaja dengan kapasiti terhad berdasarkan penjarakan fizikal dengan pengosongan tempat duduk di antara penumpang.

“Aktiviti kapal NCS (kumpit) ke Labuan bagi tujuan barter trade adalah tidak dibenarkan.

“Perkhidmatan pengangkutan teksi air dan penambang dibenarkan beroperasi dari 6 pagi hingga 6 petang sahaja.

“Pergerakan bagi Sign On atau Sign Off industri perkapalan serta minyak dan gas dibenarkan beroperasi mengikut peraturan dan SOP semasa yang sedang berkuatkuasa.

“Bagi kapal yang datang dari Sabah ke Labuan, anak kapal yang melakukan Sign Off perlu dikuarantin wajib selama 14 hari.”

Untuk rekod 38.7 juta kes positif Covid-19 direkodkan di seluruh dunia hari ini dengan kematian sebanyak 1.096 juta.

Antara negara-negara yang mempunyai jumlah kes tertinggi Covid-19 adalah Amerika Syarikat dengan 8.1 juta kes, India 7.3 juta kes dan Brazil 5.1 juta kes.

Perancis kini berdepan dengan gelombang ketiga kes Covid-19 dengan lebih 20,000 kes baru direkodkan dalam masa sehari dan merupakan negara ke-10 dalam senarai kes Covid-19 tertinggi di dunia.

Sehubungan itu, Kerajaan Perancis hari ini mengumumkan perintah berkurung di 9 wilayah termasuk Paris berkuatkuasa Sabtu ini, 17 Oktober yang akan melibatkan 18 juta penduduk.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Covid-19 terus catat rekod tertinggi, 3,337 kes baru, 15 lagi kematian dilaporkan

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 33,989.

WHO team finally arrives in China to probe origin of coronavirus

The investigation finally looks set to begin after some initial hiccups.

Latest smart mask features microphone, coloured lights and N95 respirator

Wearers can customise their look by activating two coloured lighting zones for social occasions

India’s massive Ganges pilgrimage continues despite Covid-19 risks

Several million people are expected to throng the holy city in Uttarakhand state over the coming seven weeks.

Single-dose vaccine passes early-stage international safety trials

The company is studying whether a second dose increases efficacy or durability of the immune response.