Monday, October 26, 2020

2 sekolah di Masjid Tanah ditutup kerana Covid-19

Kedua-dua sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Berembang dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lubok China.

Other News

PKPB Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dilanjut hingga 9 November

Ini kerana masih terdapat kawasan-kawasan yang berisiko tinggi di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

We only act en bloc, says Najib on support for Muhyiddin

The Umno Supreme Council is expected to decide on the party's support for Muhyiddin tonight.

Apa saja keputusan Umno akan dilakukan secara ‘en bloc’, kata Najib

Majlis Tertinggi BN di Kuala Lumpur sebentar tadi berlangsung selama tiga jam diadakan untuk membincangkan kedudukan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.

Bayaran tunggakan cukai LHDN, Najib fail rayuan

Tunggakan cukai tambahan berjumlah RM1.69 bilion perlu dibayar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Langkah tambahan diperlukan untuk pembeli muda miliki rumah menjelang pembentangan belanjawan

Pengurangan cukai duti setem untuk rumah pertama perlu diperkenalkan semula.

Dua sekolah di Masjid Tanah, Melaka diarah tutup selama tujuh hari bermula hari ini ekoran dua beradik yang belajar di dua sekolah berkenaan disahkan positif Covid-19, kata Exco Kesihatan dan Antidadah Melaka Rahmad Mariman.

Beliau berkata sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Berembang dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lubok China.

“Mereka yang terlibat ialah murid tahun enam SK Telok Berembang serta pelajar tingkatan dua SMK Lubok China dan mereka adalah adik-beradik.

“Kedua-dua mereka tinggal di Kampung Nerambai, Lubok China, Negeri Sembilan tetapi bersekolah di Melaka kerana rumah dan sekolah terletak di sempadan kedua-dua negeri. Kes positif adalah di bawah Negeri Sembilan,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata lapan ahli keluarga termasuk murid dan pelajar tersebut didapati positif Covid-19 dan telah dibawa oleh petugas Kementerian Kesihatan ke hospital di Seremban, Negeri Sembilan untuk mendapatkan rawatan kira-kira 5 petang semalam.

Katanya, siasatan awal mendapati mereka mendapat jangkitan Covid-19 daripada ibu saudara mereka yang baru pulang dari Labuan dan hadir ke kenduri di rumah mereka pada 3 Oktober lepas.

Rahmad berkata usaha mengesan kontak rapat pelajar dan murid berkenaan khususnya dalam kalangan warga sekolah terlibat untuk disaring sedang giat dijalankan.

Beliau berkata kerja-kerja disinfeksi dan pembersihan di kedua-dua sekolah berkenaan juga sedang dijalankan jabatan bomba dan penyelamat.

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Murid miskin berisiko hidap masalah perkembangan otak ketika sekolah ditutup

Selain perkembangan otak, mereka juga terdedah kepada risiko lain seperti melemahkan perkembangan emosi dan kemahiran berfikir terjejas.

Ingkar SOP, wartawan kongsi detik dijangkiti Covid-19

Badan lemah serta batuk tak henti-henti sehari selepas pulang dari Sabah.

Lebih 2,000 pelajar positif Covid-19

Kes positif itu direkodkan sejak Februari lalu sehingga semalam.

Dilema pusat tuisyen akibat Covid-19, semakin banyak bakal gulung tikar

Pemilik sanggup menjual pusat tuisyen serendah RM7,000 kerana sudah tidak mampu meneruskan operasi.

Berfikir di luar kotak ketika sekolah ditutup kerana Covid-19, kata ahli akademik

Ini bagi memastikan sektor pendidikan tampil lebih baik dan berkualiti sehingga pandemik itu berakhir.