Thursday, January 21, 2021

Bekas bos SPRM, penyanyi Santesh bekerjasama dalam lagu kempen hapus hukuman mati

Lirik lagu itu ditulis Pannir Selvam Pranthanam, seorang rakyat Malaysia di penjara Singapura yang menanti hukuman mati.

Other News

WHO to approve Covid-19 vaccines for quick global rollout to poorer countries

The world body wants to deliver at least 1.3 billion Covid-19 doses to poorer countries via Covax.

China imposes sanctions on Pompeo, 27 other Trump-era officials

Beijing says they and their families will be banned from entering China and that companies associated with them will be restricted from doing business with China.

Umno’s ‘icons of shame’ still in control despite lessons of 2018, say party veteran, analyst

A bigger defeat could lie ahead if Umno fails to embrace promised reforms, they warn.

‘Ikon cercaan’ masih kawal Umno walaupun tersungkur pada 2018, kata veteran, penganalisis

Ini adalah sesuatu yang tidak wajar berlaku dan rakyat akan terus gelak dengan ikon-ikon tersebut.

Kerajaan sibuk memerangi Covid-19, pembangkang tetap berpolitik

Pantang ada peluang, perkara yang bermanfaat pun dimanipulasi sebagai 'senjata' untuk membangkitkan rasa curiga rakyat.

Bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya bekerjasama dengan Santesh Kumar – penyanyi popular dengan lagu “Amalina” yang berjaya mencatatkan jumlah tontonan sebanyak 33 juta di YouTube pada 2014 – mengubah sebuah lagu baru menceritakan detik-detik menanti hukuman mati.

Lirik lagu itu ditulis Pannir Selvam Pranthanam, seorang rakyat Malaysia di penjara Singapura yang menanti hukuman mati selepas didapati bersalah tiga tahun lalu.

Ini merupakan sebahagian daripada kempen ahli keluarganya bersama aktivis hak asasi manusia untuk menghapuskan hukuman mati.

Pada tahun 2017, sebuah mahkamah Singapura mendapati Pannir, 33, yang juga seorang pemuzik, bersalah bersabit kes dadah dan dijatuhi hukuman mati. Sejak itu beliau dipenjarakan.

Pannir dijatuhi hukuman pada 27 Jun 2017 oleh Mahkamah Tinggi Singapura kerana membawa sejumlah 51.84g diamorfin ketika melalui pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada September 2014.

Pada tahun lepas, Pannir mendapat penangguhan hukuman mati beberapa jam sebelum dijadualkan menjalani hukuman itu pada 24 Mei, membolehkannya mencabar keenganan presiden Singapura untuk memberikan pengampunan.

Nasib Pannir hanyalah satu daripada cerita tahanan lain yang turut menanti hukuman mati di Penjara Changi, satu-satunya kompleks penjara di negara itu.

Di Malaysia, kesnya diikuti dengan rapat Lawyers for Liberty (LFL), sebuah kumpulan hak asasi manusia yang berkempen untuk menghapuskan hukuman mati di negara ini.

Latheefa, pengasas bersama LFL sebelum dilantik mengetuai SPRM berkata, beliau sendiri amat gembira apabia mengetahui Pannir sendiri menulis lirik lagu tersebut bagi membantu kempen.

“Saya merasakan ini adalah peluang yang sangat baik,” katanya kepada MalaysiaNow ketika ditemui di studio Santesh di Shah Alam.

Katanya, bekerjasama dengan figura terkenal seperti Santesh akan membantu menyebarkan mesej untuk menghapuskan hukuman mati dengan lebh efektif, terutama melibatkan kes-kes rakyat Malaysia di Singapura.

Amnesty International melaporkan sejumlah 400 hukuman mati dilaksanakan di Singapura sejak tahun 1991, dengan 13 hukuman dijatuhkan pada tahun 2018.

“Tiada bukti yang menunjukkan hukuman mati mampu mencegah jenayah,” kata Latheefa.

“Ini adalah peluang untuk kami mempromosikan kempen menghapuskan hukuman mati.”

Ditulis dalam penjara

Lagu Santesh “Arah Tuju”, menggabungkan genre pop dan rap. Pannir menulis lirik lagu itu bagi menceritakan kehidupan mereka ketika dalam penjara sementara menunggu hukuman dilaksanakan.

Pada Julai tahun lepas, Pannir menyerahkan lirik tulisan tangan kepada adiknya Angelia Pranthaman, yang tanpa membuang masa terus mencari dana bagi menghasilkan album tersebut.

Angelia yakin lagu “Hala Tuju” bersama tujuh lagi lagu lain dalam satu album khas itu akan menjadi hit.

“Saya rasa ia mampu menarik perhatian orang ramai. Saya juga merasakan ia akan diterima dengan baik kerana buat pertama kalinya kami menghasilkan album muzik dengan lirik yang ditulis oleh pesalah menanti hukuman mati,” katanya.

“Dan tanpa ragu-ragu, kami memiliki penyanyi dengan ramai peminat untuk menyanyikan lagu ini.”

Bagi Santesh, penglibatannya dalam projek ini mungkin menimbulkan kontroversi.

“Saya tidak kisah apa orang akan katakan. Ini datang dari hati saya,” katanya.

Dalam pada itu, Angelia mengalu-alukan sumbangan orang ramai untuk membantu kempen keluarganya itu untuk membebaskan abangnya, dan juga menyelami kehidupan banduan yang menanti hukuman mati.

Mereka yang berminat boleh menghubunginya di 010-5605087, atau layari savepannir.info atau ke Facebook “Save Pannir”.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Ex-MACC boss joins hands with singer Santesh for song written by death row inmate

The song was written to highlight what prisoners experience while awaiting execution.
00:03:38

A song from Singapore’s death row

Singer Santesh Kumar and former top anti-graft buster Latheefa Koya join hands in a new song written by Malaysian on death row in Singapore, Pannir Selvam, as part of a campaign by his family members to highlight his plight and other prisoners.